Haneesya Hanee cemburu dengan Anna Jobling?

Haneesya Hanee cemburu dengan Anna Jobling?

Sedar belum cukup dikenali berbanding rakan seperjuangannya, Anna Jobling, pelakon Haneesya Hanee tidak berasa cemburu dengan ledakan populariti yang sedang diraih heroin Melur Untuk Firdaus itu.

Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan berkata, dia percaya bahawa rezeki datang dari Ilahi.

“Kalau kalian rasa saya jenis manusia yang senang cemburu dengan kejayaan orang lain, biar saya beritahu bahawa saya bukan begitu.

“Alhamdulillah, ibu saya telah membesarkan saya dengan baik untuk percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Ujar Haneesya lagi, dengan usaha yang berterusan untuk terus menyinar dalam industri seni tanah air, rezeki lambat-laun akan hadir dalam hidupnya.

“Sifat cemburu adalah untuk orang-orang yang lemah. Ibu saya tidak melahirkan seorang anak yang lemah.

“Apabila masanya sudah tiba, kita akan berjaya dapatkan apa yang kita telah usahakan. Ibu juga sentiasa berpesan bahawa kehidupan ini umpama putaran jam, apabila sudah sampai waktu, ia akan berlaku,” katanya.

Terdahulu, khalayak khususnya netizen galak membuat perbandingan perjalanan karier antara Haneesya dengan Anna yang semakin menyinar sebagai seorang pelakon selepas membintangi drama rantaian, Melur Untuk Firdaus,

Haneesya, 22, tampil menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan peminat menerusi ruangan soal jawab dalam Instastory.

“Saya mungkin tidak dikenali. Tetapi, saya masih ada pendapatan, membayar bil dan hidup bahagia bersama keluarga. Itu yang saya perlukan dalam hidup,” coretnya menjawab soalan peminat sama ada dirinya cemburu dengan kejayaan Anna sekarang.

Untuk rekod, Haneesya merupakan juara program realiti, Dewi Remaja 2018/2019 namun kemenangan tersebut ditarik semula berikutan penyebaran rakaman video dirinya berparti liar di sebuah kelab malam dalam media sosial.

Anna pula merupakan antara finalis progran sama namun menempa nama sebagai seorang aktres selepas drama lakonannya bersama Meerqeen mencetus fenomena luar biasa dalam kalangan penonton. K Online

Haneesya Hanee cemburu dengan Anna Jobling?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker