Yazmin Aziz cemas gempa bumi kuat di Baguio
Yazmin Aziz cemas gempa bumi kuat di Baguio
Pernah berdepan detik cemas gempa bumi, namun, kejadian di Baguio, Pulau Luzon, Filipina, pagi tadi, cukup menakutkan penyanyi, Yazmin Aziz yang ketika ini berada di bandar peranginan itu bagi menghadiri majlis perkahwinan teman baiknya.
Yazmin berkata, gempa bumi berlaku kira-kira jam 8.45 pagi ketika dia dalam perjalanan ke restoran hotel penginapan untuk menikmati sarapan pagi.
“Saya dapat rasa semua benda bergerak. Siren berbunyi sangat kuat dan kami disuruh keluar dari bangunan dengan segera.
“Saya sangat terkejut dan takut. Baguio adalah kawasan tinggi di utara Pulau Luzon, iaitu tempat paling terkesan dengan gempa bumi ini.
“Saya pernah melalui pengalaman gempa bumi beberapa kali, tidak tidak pernah sekuat ini,” katanya kepada BH Online.
Pagi tadi, dilaporkan, gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda Pulau Luzon di utara Filipina hingga meragut empat nyawa selain lebih 60 mangsa dilaporkan cedera, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.
Dilaporkan, gegaran turut dirasai di Manila, menurut tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Yazmin turut berkongsi detik cemas itu melalui video yang dimuat naik di Instagram (IG).
Tambahnya, keadaan sekarang terkawal dan dia bercadang mendapatkan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, malam ini.
“Saya dijadual pulang malam ini dan sampai ke Kuala Lumpur, esok. Harap-harap saya sempat naik kapal terbang.
“Buat masa ini, pasukan keselamatan sudah memeriksa bangunan dan kami dibenarkan pulang ke bilik. Saya sedang mengemas bagasi untuk pergi ke Manila.
“Cuma ada satu laluan untuk pergi ke Manila. Insya-Allah, walaupun sesak, diharap kami dapat pulang dengan selamat. Sementara menunggu pengumuman pihak berkuasa, kami diberi makanan,” katanya.
Yazmin yang juga bekas peserta Big Stage 2022 menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya, Hidilyn Diaz iaitu atlet pertama Filipina yang meraih emas Sukan Olimpik 2020.
“Hidilyn dan suaminya kawan baik saya. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, Hidilyn menjalani latihan di Malaysia sebelum ke Tokyo,” katanya yang menjadi pengiring pengantin pada majlis perkahwinan itu. BH
Yazmin Aziz cemas gempa bumi kuat di Baguio
Baca Artikel Menarik:
- ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah
- Baru kenal tak sampai 24 jam kena cekup khalwat
- Wany Hasrita simpan rahsia selama 12 tahun
- Haneesya Hanee cemburu dengan Anna Jobling?
- Pengundi takkan tertipu dengan logo PN baharu, tapi wajah lama – penganalisis
- Bukan tak ada kerja, rakyat Kelantan suka berhijrah – Amar
- Lalu jalan baru diturap, motosikal ‘mangkuk ayun’ tersekat [VIDEO]
- Kertas siasatan pendakwah bebas rogol remaja dirujuk TPR
- Calon PM UMNO yang ditetapkan MKT adalah Ismail Sabri Yaakob
- Kepala lelaki terselamat dengan topi keledar berkualiti walaupun kepalanya digilis tayar bas [VIDEO]
- Suami ceraikan isteri bukan doktor selepas 3 hari berkahwin
- Empat maut ambulans ‘melekat’ di plaza tol
- Permohonan gantung bayar RM3.1 juta kes potong zakar ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)
Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen