Rumah tangga Nora Danish pula bergolak, akui sudah tidak tinggal bersama

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Nora Danish mendakwa rumah tangga dengan suami, Nedim Nazri bergolak.

Nora mengaku dia dan Nedim berusaha menangani situasi itu sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

“Perceraian adalah jalan terakhir kerana kami harus memikirkan anak-anak. Tetapi, saya tidak menidakkan memang berlaku pergolakan (dalam rumah tangga bersama suami),” katanya ditemui pada majlis Hari Raya anjuran 4Ward Entertainment Sdn Bhd di sini, hari ini.



Khabar angin konon rumah tangga Norish dan Nedim dilanda badai mula diperkatakan selepas 1 Syawal berikutan mereka dilihat tidak berkongsi foto keluarga.

Mengulas mengenai dakwaan tidak lagi serumah dengan suami, Nora berkata:

“Mengenai tinggal berasingan, itu betul kerana rumah kami dalam proses ubahsuai. Nedim tinggal di rumah bapa sementara saya menetap bersama ibu. Jadi, apa yang berlaku seakan memberi ruang untuk kami memperbaiki keadaan,” katanya.

Nora berkata, pergolakan yang berlaku bukan disebabkan campur tangan insan ketiga, sebaliknya, berpunca daripada tiada persefahaman.



“Walaupun tinggal berasingan, kami masih berhubung setiap hari. Saya tetap hormatinya sebagai suami.

“Saya tidak mahu apa yang berlaku memberi kesan negatif kepada anak-anak. Mereka okay tetapi mereka lebih tertekan dengan keadaan rumah kami yang belum selesai diubah suai,” katanya.

Nora yang membintangi filem Terkutuk menyerahkan urusan rumah tangga mereka kepada takdir.

“Itulah aturannya, mungkin Allah hendak beri kami ruang selesaikan masalah ini. Kami hanya mampu berdoa dan serahkan soal jodoh kepada-Nya,” katanya.



Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim atau nama penuh, Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, berusia enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 10 Julai 2008.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker