MP masih boleh sokong parti lain tanpa hilang kerusi

MP masih boleh sokong parti lain tanpa hilang kerusi

Menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini, seseorang ahli parlimen masih bebas untuk menyatakan sokongan mereka kepada parti lain, termasuk ketika mengundi di parlimen.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tindakan itu bukan bermakna melompat parti selagi mereka masih kekal dalam parti asal mereka.

Bagaimanapun, tegasnya, senario itu akan berbeza jika perlembagaan parti melarang perbuatan itu dan menjadikan seseorang itu secara automatik “digugurkan” sebagai ahli apabila peraturan itu dilanggar.

“Beri sokongan pada parti politik lain yang tak diwakilinya tak dianggap bertukar parti kerana masih jadi ahli parti politik diwakilinya.

“Jadi dia hanya menyokong, contohnya apa-apa usul dibawa kerajaan, kalau parti tak larang menyokong. Tapi kalau parti tu melarang, dan kata akan tergugur ahlinya, itu lain cerita.

“Dia boleh sokong mana-mana tindakan kerajaan atau pembangkang, tak akan hilang (kerusi) kecuali dia join parti itu,” jelasnya.

Wan Junaidi memberi penjelasan itu semasa ucapan penggulungannya selepas ahli parlimen selesai membahaskan RUU itu untuk bacaan kali kedua hari ini.

Dia menjawab kebimbangan yang dibangkitkan beberapa ahli parlimen mengenai definisi lompat parti: sama ada mereka masih bebas memberi sokongan tanpa mengikut pendirian parti mereka dan tidak berisiko kehilangan kerusi parlimen mereka.

Contoh senario yang diberikan semasa sesi perbahasan ialah apabila berlaku undi percaya, di mana ahli parlimen dikehendaki mengundi sama ada mereka masih menyokong perdana menteri atau sebaliknya.

“Sekiranya seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai prinsip yang bertentangan dengan prinsip parti dan menyebabkan keahlian beliau digugurkan berdasarkan Perlembagaan Parti tersebut iaitu ceases to be a member maka ahli Dewan Rakyat tersebut dianggap telah bertukar parti dan perlu mengosongkan kerusinya,” jelasnya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Wan Junaidi turut menjelaskan ahli parlimen yang bertanding dalam pilihan raya menggunakan logo gabungan, atau logo parti lain, juga tidak dianggap sebagai lompat parti.

Ini selagi ahli parlimen berkenaan kekal dalam parti asal mereka, atau bagi ahli parlimen bebas, kekal sebagai bebas.

“Dalam hal ini, penggunaan simbol parti politik atau simbol parti gabungan tidak diambil kira dalam Rang Undang-Undang ini. Ini bermaksud, jika seseorang menggunakan simbol sesuatu parti politik mereka tidak akan dianggap sebagai bertukar parti jika mereka kembali ke parti mereka atau kekal bebas,” katanya.

RUU itu diluluskan Dewan Rakyat petang ini selepas 209 ahli Parlimen mengundi menyokong. Mk

MP masih boleh sokong parti lain tanpa hilang kerusi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker