Kelulusan RUU anti-lompat parti isyarat jelas politik matang – Ismail

Kelulusan RUU anti-lompat parti isyarat jelas politik matang – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelulusan Rang Undang-undang (RUU) anti-lompat parti di Parlimen adalah isyarat jelas amalan politik matang dalam negara.

Katanya, RUU diluluskan itu penting bagi memastikan kestabilan politik berpanjangan.

“Hari ini, sejarah tercipta apabila pindaan RUU berkenaan peruntukan larangan ahli dewan rakyat bertukar parti, diluluskan di Dewan Rakyat dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.

“Ini adalah isyarat jelas bahawa ahli-ahli yang berhormat mengamalkan politik matang berteraskan semangat Keluarga Malaysia dengan meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dalam apa juga perancangan dan pelaksanaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagi yang menyaksikan seramai 209 Ahli Parlimen yang hadir mengundi untuk menyokong, tiada yang menentang atau berkecuali, manakala 11 tidak hadir.

Ismail berkata, RUU itu terhasil selepas pelbagai sesi libat urus, pandangan serta melalui Jawatankuasa Pilihan Khas secara bi-partisan membabitkan wakil parti utama di Dewan Rakyat.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli-ahli yang berhormat sama ada daripada blok Kerajaan, pembangkang dan bebas yang melakar sejarah pada hari ini.

“Syabas kerana ahli-ahli yang berhormat yang berada di dalam dewan yang mulia telah menjalankan amanah rakyat melalui sistem demokrasi berparlimen,” katanya. FMT

Kelulusan RUU anti-lompat parti isyarat jelas politik matang – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker