Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

WANITA dilahirkan dengan tabah dan kuat tetapi sarat dengan kasih sayang. Seperti wanita Mat Salleh ini, kuat meskipun diuji suami sakit. Malah dikatakan lebih ‘keMelayuan’ daripada generasi masa kini.

Dikenali sebagai Aunty Azizah, wanita kelahiran Amerika Syarikat yang menetap di Gerik, Perak.



MENERUSI PERKONGSIAN NORLAILA DLAILA, AZIZAH SUDAH BERKAHWIN DENGAN WARGA TEMPATAN. BAGAIMANAPUN RUMAH TANGGA YANG DIBINA DIUJI APABILA SI SUAMI DISERANG ANGIN AHMAR ATAU STROK.

Tambahnya, wanita itu sering memakai baju kurung Kedah dan kain batik.

Melalui kehidupan seperti wanita tempatan, Azizah dilihat menaiki motosikal di sekitar kampung kampung dan menawarkan perkhidmatan pembersihan. Antaranya mencuci pakaian dan permaidani untuk menampung hidup.

Tidak sekadar itu, Azizah turut gigih mengambil upah memotong rumput dan mencuci pinggan di kedai makan.



“Paling dahsyat kadang kala dia memikul mesin rumput dan memotong mesin rumput rumah orang. Hari tu dia pernah tolong akak cuci pinggan sekejap. Tapi dia tak larat berdiri lama kerana pahanya pernah patah kerana kemalangan,” titip Norlaila.

Selain itu, ada perkara lain yang mengagumkan Norlaila berkenaan Azizah iaitu menitikberatkan ibadah solat selepas azan dilaungkan. Menurutnya, wanita itu akan berusaha menunaikan ibadah itu pada awal waktu.

Warga maya rata-rata memuji Azizah. Malah ada yang mengagumi kebolehannya memakai kain batik.

– “Respect, kudrat yang sentiasa kuat, dianugerahkan ALLAH SWT semangat dan ketabahan jitu bila beban terletak di bahu wanita. Semoga dipermudahkan urusan dan peroleh rezeki yg melimpah ruah buat puan Azizah, Laila dan kita semua Aamiin.”



– “Serius lah pandai pakai kain batik, saya sendiri pun tidak pandai pakai kain batik.”

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)

Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen



Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker