Nelissa Nizam mendaki carta

Nelissa Nizam mendaki carta

POPULARITINYA pantas mencuri tumpuan pemilik rumah produksi tanah air. Bermula sebagai pelakon pembantu menerusi drama bersiri Budak Tebing 2, nama Nelissa Nizam perlahan-lahan mendaki carta.

Hasilnya Nelissa, 24, atau Nell kini membuktikan kemantapan lakonannya dalam Tarik Aku Ke Syurga yang menghiasi slot Samarinda TV3.

Nell yang pertama kali membawakan watak heroin berkata, Zara Adelia sangat berbeza dengan watak yang pernah dibawakannya sebelum ini.

“Sejujurnya memang susah untuk saya bawa karakter Zara Adelia sebab ialah… wataknya sangat berbeza dari yang saya bawa sebelum ini dan juga diri saya sendiri.

“Watak yang saya biasa bawa sebelum ini sedikit ekspresif dan ceria. Malah saya pun seorang yang jenis lasak dan cakap kuat-kuat.

“Tapi bila mainkan watak Zara Adelia susahnya kerana dia sangat lemah lembut. Jadi saya kena banyak sangat isi kekurangan,” katanya.

Menurutnya, apabila pertama kali membaca skrip, dia membayangkan wataknya untuk orang lain.

“Rasa seperti bukan saya dekat skrin kerana keseluruhannya Zara Adelia berbeza dengan Nelissa. Mungkin sedikit bahagian Zara Adelia adalah saya.

“Zara Adelia kuat, berani bila berlawan kerana dia bukanlah jenis wanita yang lemah. Dia bukan wanita teraniaya yang jenis ikut saja cakap lelaki.

“Ada juga babak-babak yang tunjuk bila dia dapat tahu macam-macam fasal suaminya Zamri (Zul Ariffin) sehinggakan dia boleh cakap, kalau awak nak ceraikan saya, saya faham saja. Nampak Zara Adelia macam tak kisah,” katanya.

Nelissa menggambarkan Zara Adelia seorang yang berdikari. Namun sikap lemah lembut wanita terbabit, bertudung serta sifat kewanitaan dan kemelayuan sukar diikutinya.

“Saya tak boleh letakkan diri sendiri dalam Zara Adelia dan macam susah sikit untuk saya bawa watak ini awalnya.

“Alhamdulillah dengan bantuan pengarah, Malek Rahman dan semua perlahan-lahan saya boleh sesuaikan diri dengan watak Zara.

“Lakonan saya dalam cerita ini pun sangat bersahaja. Tapi tak boleh main-main sangat. Banyak yang saya perlu belajar lagi bila sebut soal lakonan,” katanya.

Dia juga melihat semula lakonannya serta meletakkan nota tepi mengatakan okay apa yang patut dan apa yang tidak patut dibuat.

“Saya kena tahu apa yang patut saya belajar kerana ini kali pertama jadi heroin dan syukur sangat dengan apa yang saya dapat.

“Respon peminat juga baik. Cerita ini dari novel dan saya dapat tahu novel Tarik Daku Ke Syurga dapat nombor satu ‘best seller’ dekat MPH.

“Ada yang kata mulanya ada sikit-sikit nampak saya dan Zul macam tiada keserasian tapi itu sebenarnya memang disengajakan.

“Kami tak bertegur sapa sangat kerana dalam babak, Zara Adelia dan Zamri memang tak kenal antara satu sama lain. Dan mereka kahwin pun tanpa mengenali,” katanya.

Mengakhiri perbualan, Nelissa mengakui banyak yang dipelajarinya dari watak Zara Adelia.

“Cerita ini memang best kerana banyak konflik dan saya rasa banyak pengajaran yang boleh penonton dapat dari drama ini.

“Ramai yang bezakan penampilan sebenar saya dengan lakonan. Ada yang kata ini kah Zara Adelia? Tapi Zara itu bukan saya.

“Namun saya fikir positif dan dalam masa sama, saya pun belajar juga dari watak ini. Bila sentuh soal pemakaian pula tak terlalu terlampau,” katanya.

Nelissa berkata, jika dahulu dia boleh keluar rumah memakai seluar pendek, sekarang dia tidak lagi berbuat demikian dan perkara itu perlahan-lahan berubah. HM

Nelissa Nizam mendaki carta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker