Perokok tiada hak, kesihatan rakyat lebih utama

Isu kesihatan awam perlu diutamakan mengatasi hak asasi untuk merokok terutama sekali kepada golongan muda, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikutan itu, Noor Hisham berkata orang ramai disarankan untuk membantu dan menyokong tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melindungi generasi muda di negara ini daripada amalan menghisap rokok tembakau dan “vape”.

“Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dan Generasi Penamat (GEG) menyasarkan untuk mewujudkan generasi yang bebas daripada sebarang amalan merokok termasuk rokok dan ‘vape’ bagi mereka yang lahir pada 2007 dan tahun-tahun selepasnya,” katanya di Facebook semalam.

Semalam, Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang antara lain memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau peranti merokok dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menurut RUU itu, individu berkenaan yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000, jika disabitkan kesalahan.

Dr Noor Hisham turut memetik fakta sejarah mengenai penguatkuasaan undang-undang sebelum ini seperti pemakaian topi keledar dan tali pinggang keledar yang bersifat mementingkan keselamatan dan nyawa orang awam.

“Alhamdulillah pada 1975, 1979 dan 2009, ahli-ahli parlimen ketika itu telah menggunakan kuasa mereka sebagai wakil rakyat dengan baik dan telah berjasa menyelamatkan banyak nyawa.

Tidak pula didengari ketika itu pihak tertentu dan pelobi-pelobi yang mempersoalkan hak asasi untuk terus tidak memakai topi keledar atau tali pinggang keledar?” katanya.

-Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker