Kurang karenah birokrasi untuk tingkat daya saing negara – Ismail

Kurang karenah birokrasi untuk tingkat daya saing negara – Ismail

Kerajaan akan memberi keutamaan untuk mewujudkan proses kawal selia, persekitaran pematuhan lebih mudah serta mengurangkan kerenah birokrasi bagi meningkatkan daya saing ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, susulan itu, kerajaan bersetuju dengan cadangan penubuhan Unit #MyMUDAH di semua kementerian dan agensi persekutuan, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memudahkan urusan perniagaan di seluruh negara.



“Kerajaan juga prihatin terhadap keperluan untuk terus memperbaiki dan menambah baik dasar serta rangka kawal selia dalam meningkatkan daya saing ekonomi negara.

“Agensi penarafan antarabangsa global, S&P Global Ratings juga menaik taraf prospek penarafan Malaysia daripada negatif kepada stabil sekali gus memperlihatkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan kredit dan kemampuan Malaysia mengharungi cabaran fiskal selepas pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-60 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sebuah hotel di Bandar Utama, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Presiden NCCIM Tan Sri Low Kian Chuan.



Ismail Sabri berkata, selain mengukuhkan rangka kawal selia untuk mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif, kerajaan akan menumpukan kepada tiga keutamaan.

“Tiga keutamaan itu membabitkan daya tahan rantaian bekalan; teknologi dan inovasi serta perdagangan dan pelaburan mampan.

“Kerajaan sedang berusaha mengukuhkan kerangka daya tahan rantaian bekalan bagi produk kritikal seperti semikonduktor, farmaseutikal, peranti perubatan, makanan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE),” katanya.

Beliau berkata, langkah pengukuhan dilakukan itu termasuk menjalinkan kerjasama strategik antara Malaysia dengan negara rakan dagang dalam membentuk rantaian bekalan yang mampan.



“Pada 18 Mac lalu, Malaysia menguatkuasakan ratifikasi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bagi tujuan meningkatkan akses perniagaan dan industri tempatan ke pasaran antarabangsa selain mengurangkan gangguan pada rantaian bekalan global.

“Malah, Malaysia juga bakal meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) bagi meningkatkan kapasiti serta daya saing industri tempatan supaya dapat bangkit semula dan menjana ekonomi negara,” katanya. HM

Kurang karenah birokrasi untuk tingkat daya saing negara – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah



Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker