Hector Pablo Bidoglio pengendali baharu JDT

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kehadiran Hector Pablo Bidoglio untuk mengisi kekosongan ketua jurulatih bagi menggantikan Benjamin Mora yang melepaskan jawatan berkuat kuasa secara rasmi semalam.

Sebagai rekod, Mora telah ‘berpisah’ dengan pengurusan skuad Harimau Selatan itu kelmarin kerana mempunyai urusan keluarga yang perlu diselesaikan di Mexico.

Menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers, pengendali berusia 54 tahun tersebut pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan Venezuela selain pernah membimbing kelab terkemuka Argentina, ­Newell’s Old



“Bidoglio memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

“Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis.

“Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama pasukan kebangsaan Chile pada 2009,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, Bidoglio hadir menyaksikan aksi JDT menentang Sarawak pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching yang menyaksikan skuad Harimau Selatan melakar kemenangan bergaya 4-0.



Ujian pertama Bidoglio sebagai pengendali pasukan adalah ketika menentang Kuala Lumpur City FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin ini.

Untuk rekod, Mora telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017 dan memenangi 102 perlawanan.

Mora merupakan jurulatih JDT paling berjaya dalam sejarah kelab dengan mengemudi empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu ­Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker