Guru tertekan pedal, rempuh stesen minyak

Guru tertekan pedal, rempuh stesen minyak

Tampin: Sebuah stesen minyak di Batu 1, Jalan Batu Anam, dekat Gemas, di sini, menerima tetamu tidak diundang apabila sebuah kereta secara tiba-tiba merempuh ke premis berkenaan, petang tadi.

Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu tidak menyebabkan kecederaan parah dan hanya seorang pelanggan yang berada di dalam tempat beli-belah mengalami luka kecil.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki tertekan pedal minyak ketika mahu mengisi minyak.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga yang terbabas dan tidak membabitkan kecederaan parah di Stesen Minyak Petronas Gemas, hari ini.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tertekan pedal minyak dengan kuat ketika cuba membetulkan kedudukan kereta di pam nombor dua.

“Pemandu yang juga seorang guru ketika itu baru tiba dan mahu mengisi minyak. Akibat kejadian, kereta dipandunya merempuh kawasan jualan stesen minyak itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kereta terbabit terlanggar seorang lelaki yang sedang membeli barang runcit di dalam premis itu dan mengalami luka luka kecil selain berlaku kerosakan dalam premis.

“Laporan polis sudah dibuat oleh pihak terbabit. Kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya. HM

Guru tertekan pedal, rempuh stesen minyak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker