Sosma: Dulu PAS tak sokong kerana dilihat bercanggah syariat Islam -Mursyidul am

Sosma: Dulu PAS tak sokong kerana dilihat bercanggah syariat Islam -Mursyidul am

PAS menukar keputusan dengan menyokong pelanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma selama lima tahun lagi kerana tidak lagi dilihat bercanggah dengan Syariat Islam.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, PAS hanya menyokong sesuatu yang tidak membawa mudarat kepada negara berdasarkan dasar umum parti.

“Mungkin (ketika itu) ada sesuatu dilihat bercanggah dengan syariat dan perkara yang berbangkit,” katanya kepada FMT.

Menurut Hashim, PAS tidak mempunyai kepentingan peribadi dan politik berhubung sokongan mereka di Dewan Rakyat.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah Ahli Parlimen PAS membuat pertemuan bagi mencapai kata sepakat berhubung pendirian parti.

Hashim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PAS yang menyatakan sokongan terhadap Sosma, sedangkan sebelum ini parti itu dengan tegas menolak akta tersebut.

Pada Mei 2017, Naib Presiden PAS Idris Ahmad dilaporkan mendakwa parti itu dilabelkan dengan pelbagai jenama termasuk pemakan dedak, penasihat bergaji, kerajaan perpaduan, candu wala’ dan, terbaru, sesat politik berikutan enggan mengikut telunjuk musuh politik mereka.

Idris berkata, parti itu tidak pernah menyokong atau membangkang secara membuta tuli, sebaliknya menjadikan Islam sebagai panduan dalam perjuangan parti itu merujuk beberapa akta termasuk Sosma.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman turut mempertahankan tindakan PAS kembali menyokong pelaksanaan Sosma.

“Situasi berubah, perangai manusia berubah-berubah, hukuman yang bersifat takzir juga boleh berubah,” katanya kepada FMT.

Beliau juga membangkitkan bagaimana Presiden Amanah Mohamad Sabu sendiri pada 2019 semasa menjadi kerajaan turut bersetuju supaya Sosma tidak dimansuhkan sebaliknya ditambah baik.

Selain itu, beliau juga senada dengan pendirian Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bahawa pelaksanaan Sosma tidak terkeluar dari landasan Islam, ketika membahaskan usul kerajaan melanjutkan Subseksyen 4(5) akta berkenaan.

Nik Abduh turut menjelaskan dua pandangan ulama, iaitu pertama hendaklah bertempoh dengan mazhab Syafie menyatakan kadar tahanan tidak boleh melebihi 30 hari untuk siasatan; selain kebanyakan ulama menyatakan kerajaan berhak membuat penahanan bagi tempoh selama mana yang dikehendaki demi kemaslahatan awam.

Beliau kemudian membandingkan ini dengan tempoh penahanan Sosma selama hanya 28 hari.

Ketika sidang Dewan Rakyat 26 Julai lalu, pembangkang gagal dalam usaha menyekat usul berkenaan semasa undi belah bahagi, apabila 111 Ahli Parlimen mengundi menyokong, termasuk undi daripada wakil rakyat PAS. Sebanyak 88 mengundi menentang, manakala 21 lagi tidak hadir. FMT

Sosma: Dulu PAS tak sokong kerana dilihat bercanggah syariat Islam -Mursyidul am


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker