Tuntutan Cuepacs beri kesan terhadap kerajaan pada PRU – bekas KP JPA

Tuntutan Cuepacs beri kesan terhadap kerajaan pada PRU – bekas KP JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu segera berunding secara baik berhubung tuntutan semakan gaji kakitangan kerajaan yang sepatutnya dilakukan tiga ke lima tahun sekali.

Bekas ketua pengarah perkhidmatan awam, Borhan Dolah, berkata dakwaan dibuat Cuepacs untuk berpiket jika tuntutan semakan gaji tidak dibuat sebelum Parlimen dibubarkan dijangka memberi “pengaruh” kepada kerajaan.



Beliau berkata, isu penjawat awam juga sering menjadi manifesto politik dan wajar untuk JPA serta Cuepacs mengambil pendekatan terbaik untuk situasi menang-menang.

Katanya, beliau melihat tindakan dibuat Cuepacs “berbentuk politik” dan mahu JPA segera menyelesaikan pertikaian itu kerana ia membabitkan 1.6 juta kakitangan awam, sambil menyatakan tindakan piket tidak menyalahi undang-undang.

“Justeru, kedua pihak diharap mengekalkan hubungan baik kerana Cuepacs boleh pada bila-bila masa berbincang dengan JPA dan saya rasa apabila kesatuan itu mengatakan mahu berpiket, ia akan memberi pengaruh kepada kerajaan.

“Ini kerana bilangan penjawat awam ramai dan jumlah itu tiga kali ganda yang akan memberi kesan kepada pilihan untuk undi pilihan raya,” katanya menurut Berita Harian.



Borhan berkata, tempoh pandemik Covid-19 yang dilalui dua tahun lalu memungkinkan proses semakan ditangguhkan daripada kitaran tahun sepatutnya.

“Saya kurang bersetuju tindakan Cuepacs untuk berpiket kerana mereka sepatutnya berunding secara baik dengan JPA kerana situasi ekonomi negara sedang pulih, kini peralihan ke fasa endemik dan kerajaan tidak gagal membayar gaji kakitangan awam.

“Tetapi, apa yang dilakukan itu demi memperjuangkan hak ahli kesatuannya dan amalan semakan gaji untuk penjawat awam bukan perkara baharu yang sepatutnya dilakukan tiga atau lima tahun sekali,” katanya.

Beliau berkata, semakan gaji itu bukan bermakna kerajaan perlu terus menaikkan gaji kerana semua itu bergantung kepada keupayaan kerajaan, kos sara hidup, tahap inflasi dan lain-lain.



“Ini kerana ada tempoh ketika semakan gaji, gaji itu tetap kekal,” katanya.

Semalam, Cuepacs mendesak kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat, dilaporkan berkata cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada JPA, namun tiada tindakan diambil.

Borhan ketika mengulas lanjut, berkata semakan gaji sebelum ini adalah 2015 dan semakan sepatutnya dibuat pada 2020. FMT



Tuntutan Cuepacs beri kesan terhadap kerajaan pada PRU – bekas KP JPA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker