Scammer menyamar jadi Wan Junaidi

Scammer menyamar jadi Wan Junaidi

KUCHING : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kesal apabila nombor telefon bimbitnya digunakan oleh ‘scammer’ untuk memperdayakan orang ramai.

Wan Junaidi berkata, beliau menyedari perkara itu selepas beberapa kenalan menghubunginya untuk mengesahkan mesej yang diterima menerusi aplikasi Telegram, hari ini.



Justeru katanya, sesiapa yang menerima mesej yang tentera nombor telefon dan gambarnya itu supaya mengabaikannya.

“Orang ramai juga harus menyekat dan melaporkan kepada pembangun aplikasi yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Wan Junaidi, beliau difahamkan ada kenalan di kawasan Parlimen Santubong yang terpedaya dan sudah memindahkan wang sebanyak RM5,000 ke akaun scammer terbabit.

“Sekiranya ada yang tertipu, diminta segera membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pihak terbabit diambil tindakan,” katanya. BH



Scammer menyamar jadi Wan Junaidi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker