Harga minyak masak boleh diturunkan, idea Najib betul

Harga minyak masak boleh diturunkan, idea Najib betul

Pengeluar-pengeluar minyak masak botol boleh menurunkan sedikit harga komoditi itu dengan mencampurkan stok harga lama dan stok baharu yang sudah diproses.

Langkah itu boleh dibuat dalam usaha bersama-sama membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang terpaksa membeli minyak masak pada harga yang mahal sekarang ini.



Menurut sumber, pendekatan ini boleh dibuat kerana ia tidak menjejaskan kualiti minyak yang dihasilkan. “Namun, sebelum ia dilakukan, pengilang-pengilang perlu melakukan audit terperinci kerana ia membabitkan kos – ada untung rugi,” kata sumber.

Beliau memberi penjelasan itu susulan cadangan Datuk Seri Najib Razak yang menyarankan FGV Berhad menurunkan harga minyak jenama Saji keluarannya supaya pengeluar-pengeluar lain turut berbuat demikian.

Pada masa ini pengeluar-pengeluar masih tidak dapat menurunkan harga minyak masak serentak walaupun harga komoditi itu telah jatuh kerana stok minyak sawit yang dibeli ketika harganya melonjak masih banyak.

Lantaran itu, adalah sangat sukar untuk pengeluar menurunkan harga minyak masak dengan cepat walaupun didesak oleh para pengguna. Sumber itu mengakui pengguna tidak salah apabila mempersoalkan mengapa harga minyak masak di negara ini mahal kerana Malaysia adalah pengeluar kedua terbesar komoditi itu di dunia, selepas Indonesia.



Malaysia menghasilkan 20 juta tan minyak sawit mentah setahun. Tetapi, pada masa sama, pengeluar minyak masak bertapis juga berdepan dengan kejutan apabila harga minyak masak mentah yang berharga sekitar RM2,000 hingga RM2,500 setiap tan melonjak kepada RM5,000 hingga RM8,000 bagi setiap tan.

Lagipun, kenaikan dan penurunan harga tidak boleh dilakukan dengan pantas kerana ia melibatkan pelbagai rantaian. “Ia bukan sahaja melibatkan minyak masak mentah yang dibeli pada harga mahal tetapi kos penapisan, kos botol, proses pembotolan, kos logistik, komisien kepada rantaian pengedar, pemborong dan juga pasar raya.

“Kalau semua proses urus niaga ini masih melibatkan harga lama (ketika minyak sawit mentah naik) maka perkara itu perlu diselaraskan semula untuk menurunkan harga minyak masak,” kata sumber itu lagi. Sumber yang arif dalam industri ini yakin pengeluar minyak masak juga bersedia untuk membantu pengguna dan kerajaan dalam memberi yang terbaik untuk rakyat bagi menangani kos sara hidup yang tinggi dan kesan inflasi secara berperingkat-peringkat.

Stok minyak masak botol yang bahan mentahnya dibeli ketika harga komoditi itu tinggi masih banyak disimpan di kilang dan digudang.



Sumber itu mengakui, langkah menurunkan sedikit harga minyak masak itu lebih munasabah berbanding menunggu pengeluar menghabiskan stok lama minyak yang dibeli pada harga mahal. “Sudah pasti pengeluar akan turun harga kerana trend komoditi itu menurun cuma buat masa ini stok lama masih banyak.

“Kecuali pengeluar-pengeluar mencampurkan stok lama dan stok baharu,” jelas beliau lagi. Ditanya tidakkah cadangan Najib supaya FGV menurunkan harga minyak Saji boleh memberi kesan kepada pendapatan syarikat itu, sumber berkata, syarikat itu boleh melakukannya. Ia mengambil kira FGV mempunyai nilai rantaian lengkap dalam sektor perladangan sawit. “FGV mempunyai ladang sendiri, hasil (buah sawit) digunakan sendiri, kilang sawit sendiri dan kilang penapisan sendiri. “Jadi pada saya, cadangan Najib boleh dipertimbangkan.

Syarikat FGV dan lain-lain pengeluar minyak masak boleh melakukannya secara berperingkat. “Tetapi harga tidak boleh turun banyak, mungkin lebih murah sedikit,” jelas sumber lagi.

Harga minyak masak botol naik 40 peratus awal bulan ini selepas kerajaan memansuhkan harga siling. Kenaikan itu melibatkan minyak masak botol 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg. Pemansuhan itu menjadikan harga minyak masak 5kg dijual melepasi RM42 sebotol, menyebabkan pengguna tempatan merungut.



Baru-baru ini, Najib menyarankan syarikat FGV yang mengeluarkan minyak masak jenama Saji menurunkan harga minyak masak berbotol. Jika Saji turunkan harga, yang lain akan terpaksa ikut, kata bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, harga minyak sawit sudah turun sejak awal bulan Jun ke paras awal tahun 2021 selepas Indonesia menghabiskan stok bekalan yang melimpah. Berikutan itu, harga minyak sawit jatuh separuh sejak awal bulan Jun. Namun, harga minyak masak berbotol di Malaysia belum turun. MG

Harga minyak masak boleh diturunkan, idea Najib betul


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah



Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker