Hadi kata PH tipu manifiesto, Muhyiddin buat muka tebal seolah-olah tidak bersalah

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil hari ini menyindir pemimpin PAS yang lantang mengkritik pihak di luar Perikatan Nasional (PN) malam tadi.

Kata Isham, apabila Abdul Hadi Awang mendakwa Pakatan Harapan (PH) berbohong dalam manifesto gabungan itu, presiden PAS terbabit terlupa bahawa pihak yang dikecamnya juga ada di atas pentas yang sama.

Merujuk inti pati ucapan Abdul Hadi pada majlis pelancaraan PN Terengganu di Rusila, Marang malam tadi, kata Isham, pihak yang menulis manifesto PH itu kini adalah parti utama dalam PN iaitu Bersatu.

“Pengerusi PN sekarang iaitu Muhyiddin Yassin itulah adalah antara orang yang bertanggungjawab terhadap (merangka) manifesto PH semasa PRU ke-14.



“Orang yang bohong manifesto itu ada sekali atas pentas dengan tuan guru (Abdul Hadi),” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Muhyiddin melancarkan PN Terengganu yang turut dihadiri pimpinan utama parti-parti gabungan berkenaan.

Isham berkata intipati ucapan Abdul Hadi menyentuh beberapa perkara. Antaranya PH yang didakwa duta khas bertaraf menteri itu sebagai tidak menunaikan janji dalam manifesto.

Abdul Hadi juga mendawa PN berjaya mengatasi masalah ekonomi negara selepas PH dijatuhkan, serta “menyelamatkan negara” ini.



“PN berjaya atasi masalah ekonomi? Ini bohong. Dalam masa 17 bulan PN memerintah, kerajaan telah gagal.

“PN buat lockdown (sekatan pergerakan) terpanjang di dunia, hutang negara bertambah, pelabur lari ke negara lain, 800,000 orang tiada kerja, rakyat angkat bendera putih akibat masalah ekonomi dan kesengsaraan hidup, ramai orang bunuh diri, dan Muhyiddin terpaksa letak jawatan.

“Kalau dia (Abdul Hadi) dan PN berjaya atasi masalah ekonomi, rakyat tidak panggil PN kerajaan gagal dan suruh dia letak jawatan,” hujahnya.

Dalam isu perebutan kuasa, Isham mempersoalkan apakah PN tidak merebut kuasa.



“Yang ramai melompat parti untuk jawatan dan berebut kuasa dan yang baru-baru ini tuntut jawatan timbalan perdana menteri itu PN-lah.

“Terimalah hakikat, PN penuh dengan pelompat parti dan orang yang gila kuasa. Tetapi apabila diberi kuasa dan amanah, mereka buat kerosakan dan ranapkan ekonomi negara,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker