Wanita Maut Jatuh Dari ‘Chairlift’ Setinggi 12 Meter [VIDEO]

Wanita Maut Jatuh Dari ‘Chairlift’ Setinggi 12 Meter [VIDEO]

TENNESSEE: Seorang wanita maut selepas didakwa tergelincir dari laluan penumpang bertingkat atau chairlift berketinggian 12 meter di sebuah taman tema di Amerika Syarikat.

Jabatan Polis Gatlinburg berkata, setakat ini kejadian disiasat sebagai kes bunuh diri selepas beberapa saksi mendakwa melihat kejadian itu tidak membabitkan unsur jenayah.



Saksi mendakwa wanita itu mengangkat palang keselamatan sebelum terjatuh dalam kejadian pada Jumaat, namun laporan rasmi perubatan berkaitan punca kematian belum dikeluarkan.

Nyawa anda berharga, dapatkan bantuan.

Chairlift itu diperiksa kali terakhir pada April lalu dan disahkan selamat. Taman tema itu juga mengesahkan melakukan pemeriksaan setiap enam bulan dan permit operasi mereka akan tamat pada 10 Ogos.

Bagaimanapun, permit baharu telah pun diluluskan.



Dalam satu kenyataan, taman tema itu berkata mereka “turut bersedih dengan insiden berkenaan” tetapi tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat lanjut buat masa ini kerana masih dalam siasatan.

Siasatan dijangka mengambil masa sehingga lapan minggu. Mail Online

Wanita Maut Jatuh Dari ‘Chairlift’ Setinggi 12 Meter [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker