Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

PENYANYI Datuk Hattan menyambut baik usaha penyanyi baharu atau Budak Baru Nak Up (BBNU) menyanyikan semula lagu malar segar dengan cara mereka tersendiri.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin bagaimanapun menasihati penyanyi baharu agar menghasilkan album penuh bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik.

“Menyanyikan semula lagu lama itu ada baik dan buruknya memandangkan lagu itu juga sudah lama rehat.

“Tidak salah dilakukan, tetapi perlu mengikut landasan betul iaitu minta kebenaran dan bayaran royalti yang betul.

“Lagu lama itu mudah diterima kerana memang sudah popular, tetapi kesan buruknya kepada pembentukan kerjaya mereka disebabkan tidak memiliki lagu sendiri,” jelasnya kepada mStar

Dalam pada itu, Hattan berkata dia menerima dengan hati terbuka sekiranya ada penyanyi baharu yang ingin menyanyikan semula lagunya.

“Saya tidak ada masalah. Datang jumpa saya minta betul-betul, tetapi saya ingin dengar dahulu susunan muzik itu bagaimana, jangan nanti ‘jahanam’ lagu tu.

“Sekiranya nyanyian semula tidak sedap, bersedia untuk ‘berdesing’ telinga,” katanya.

Sementara itu, Hattan turut menasihati penyanyi baharu lebih memberi fokus kepada kerjaya nyanyian untuk jangka masa panjang.

Katanya, memiliki sebuah album penuh dapat membuka lebih banyak peluang untuk mengadakan persembahan.

“Apabila sudah popular dengan lagu cover, terus ambil peluang yang ada rakam lagu sendiri dan keluarkan album penuh.

Masa tengah popular, orang ingat rebut peluang itu.

“Bila ada banyak lagu boleh menarik minat penganjur. Mustahil nak bayar RM10,000 semata-mata hendak dengar satu lagu cover itu sahaja,” ujarnya.

Bercakap mengenai filem terbaharu lakonannya, Hattan memberitahu dia sentiasa berlapang dada menerima apa jua reaksi penonton.

“Tidak kira apa pun pemasaran itu penting. Sama-sama kita berdoa sebab pasaran filem ini saya tidak berani cakap. Bila letak harapan tinggi, tidak menjadi, bila tidak letak harapan dia meletop,” terangnya.

Selain Hattan filem arahan CL Hor itu turut dibintangi oleh Khir Rahman, Joey Daud dan Ahirine Ahirudin.

Gadis Jelobu The Movie mula ditayangkan di pawagam bermula 4 Ogos depan. mSTAR

Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker