Sudah tiba masanya BN kembali mentadbir Selangor

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata BN sudah “penat” menjadi pembangkang di Selangor dan boleh menamatkan siri kekalahan mereka sejak beberapa piihan raya umum lalu jika ia menggunakan pendekatan yang fleksibel.

Berucap pada Konvensyen BN Selangor yang berlangsung di Shah Alam hari ini, Najib berkata dia kecewa kerana negeri itu – yang diterajui Umno sehingga 2008 – diperintah oleh pentadbiran parti lain.

Bermula dengan Pakatan Rakyat pada 14 tahun lalu, pentadbiran negeri terbabit kemudian diteruskan oleh Pakatan Harapan (PH) selepas gabungan asal terkubur.



“Ahli BN dari akar umbi hinggalah kepada pucuk pimpinan, semua perlu bersedia dengan jentera untuk melawan parti dan rakyat.

“Ada cara yang kita boleh fleksibel supaya kita boleh menang.

“Dah tak lama lagi. Kita rasa ia sudah dekat,” kata ahli parlimen Pekan itu menurut laporan The Star.

Bekas presiden Umno itu mendakwa pertumbuhan ekonomi di Selangor sejak Pakatan Harapan mengambil alih adalah lebih perlahan berbanding negeri lain.



Beberapa puak Umno dan PAS dikatakan mendesak agar BN dan PN bekerjasama di Selangor di sebalik hubungan tegang di antara kedua-dua gabungan tersebut di tempat lain.

Ia dianggap langkah yang akan memudahkan mereka mengetepikan PH.

Selangor adalah negeri termaju di Malaysia yang ditadbir oleh BN sebelum 2008

Konvensyen BN hari ini bertemakan Bangkit Selangor dan akan ditutup oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah



Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker