Dewan Perwakilan AS lulus larangan raifal

Penjualan senjata api melonjak di Amerika Syarikat sejak tahun 2009

WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat(AS) kelmarin meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan raifal tempur buat kali pertama dalam tempoh beberapa dekad.

RUU itu diluluskan dengan undi 217 menyokong berbanding 213 wakil rakyat yang menentang dan seterusnya dibentangkan di Dewan Senat di mana ia berkemungkinan besar akan gagal.

Sekatan senjata api menjadi isu yang memecahbelahkan rakyat AS di sebalik insiden tembakan rambang kerap berlaku di negara itu.

Di Dewan Senat yang mempunyai 100 anggota, Parti Demokrat yang memerintah hanya mempunyai 50 kerusi dan memerlukan 10 undi wakil rakyat pembangkang daripada Parti Republikan untuk meluluskan RUU tersebut.



Kongres yang terdiri daripada Dewan Perwakilan dan Senat, meluluskan larangan raifal tempur selama 10 tahun dan sesetengah lelopak peluru berkapasiti tinggi dalam tahun 1994 tetapi wakil-wakil rakyat AS tidak memperbaharuinya pada 2004, manakala jualan senjata api melonjak sejak tahun itu.

Speaker Dewan Perwakilan daripada Parti Demokrat, Nancy Pelosi menyifatkan RUU terbaharu itu sebagai langkah penting dalam perang berterusan terhadap epidemik keganasan senjata api di AS.

RUU itu akan mengharamkan jualan, import, pengilangan atau pemindahan sesetengah senjata api separa automatik seperti yang digunakan dalam insiden tembakan rambang di Buffalo, Uvalde dan Highland Park.

Presiden Joe Biden sebelum ini menyatakan bahawa seramai 40,000 penduduk AS meninggal dunia setiap tahun akibat terkena tembakan. Menurutnya, senjata api juga menjadi pembunuh utama kanak-kanak di negara itu. – AFP



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker