BN akan memilih Poster Boy yang kompeten dan berwibawa untuk terajui Selangor

 

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) perlu memilih ‘poster boy’ negeri Selangor yang kompeten dan berwibawa bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Lembaga Penasihat BN Najib Razak.

“Mesti pilih orang yang kompeten dan berwibawa. Pilihlah ‘poster boy’ yang paling baik dan sesuai untuk negeri Selangor. Pilihlah yang ada ‘wow factor’, sebut sahaja nama dia, graf kita naik sekali.



“Insya Allah, ada ini (strategi) semua, ada harapan kita menang. Saya tak nak kata kita akan menang, tidak. Ada harapan untuk kita menang,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Barisan Nasional Negeri Selangor di Setia City Convention Center.

Bagaimanapun, katanya, keputusan penentuan calon ‘poster boy’ itu terpulang kepada pimpinan negeri sambil menambah bahawa beliau sekadar mengutarakan pendapatnya berkenaan keperluan BN untuk memilih individu yang mempunyai nilai tambah.

Sementara itu, Najib berkata wujudnya keperluan untuk memberi penjelasan kepada rakyat Selangor bahawa kejayaan mencapai kemajuan negeri itu adalah hasil daripada perjuangan BN sejak dahulu lagi sebelum diambil alih Pakatan Harapan (PH).

Katanya, pengundi di negeri itu perlu tahu bahawa kadar pertumbuhan Selangor lebih perlahan berbanding negeri lain sepanjang tempoh 10 tahun pentadbiran PH.



“Projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor tak dipersetujui oleh PH. Tidak, kerana mereka nampakkan cadangan itu dari kerajaan BN maka mereka tolak, kalau tidak, masalah air Selangor ini dah kita selesai awalnya.

“Yang kedua, kalau projek tebatan banjir tidak dibatalkan maka banjir besar tidak berlaku sebegini. Lebih-lebih lagi, selepas 14 tahun, mereka pun tidak mampu menjaga Stadium Shah Alam itu. Ini pasal kegagalan mereka mengutamakan kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Pekan itu turut berkata, wujudnya kepentingan untuk mengingatkan pengundi berkaitan janji-janji manis yang tidak ditunaikan oleh PH.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker