Tengku Zafrul bawa ‘gula’ untuk BN tawan Selangor

Tengku Zafrul bawa ‘gula’ untuk BN tawan Selangor

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang dilantik sebagai bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor mampu membawa ‘gula’ dalam usaha menawan semula negeri itu, kata Ahmad Zahid Hamidi.

“Noh Omar (pengerusi BN Selangor) kata ada gula (dibawa), Tengku Zafrul inilah yang akan bawa,” kata pengerusi BN dan presiden Umno itu sambil menerima sorakan perwakilan Konvensyen BN Selangor malam tadi.

Zahid berkata BN Selangor perlu berani berubah dan “warlord” gabungan itu perlu berundur untuk memberi laluan kepada individu profesional bagi menembusi kubu Pakatan Harapan.

“Zaman kita telah lepas dan sekarang sudah tiba masa bantu orang baharu untuk jadi calon,” katanya.

“(BN) Selangor berubahlah, Noh berubahlah. Saya yakin BN akan menawan semula (Selangor).

“Namun retorik sahaja tidak memadai. Kita harus lakukan sesuatu yang luar biasa dan laksana ‘game changer’,” katanya.

Tegasnya, Selangor mempunyai ramai tokoh dan profesional yang berpotensi membawa cabaran BN asalkan mereka taat kepada parti.

“Kalau ada tokoh dari mana sekali pun dan ada potensi untuk Umno, kita ambil orang itu,” katanya.

Terdahulu, Noh mengumumkan pelantikan Zafrul bagi menggantikan Jamal Yunos yang kini menggalas tugas ketua komunikasi BN Selangor.

Pelantikannya itu menguatkan spekulasi bekas tokoh perbankan berkenaan bakal bertanding di bawah tiket BN di kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Sementara itu, Zahid berkata Selangor sebagai sebuah negeri yang paling dinamik politiknya memerlukan cara luar biasa untuk dimenangi BN, bukan lagi menerusi kaedah konvensional.

Jelasnya, ini kerana komposisi pengundinya dan status Selangor sebagai negeri kosmopolitan atau paling maju memerlukan gerak kerja luar biasa.

“Tidak boleh ada retorik, bagaimana hendak turun (kempen bertemu rakyat)? Turun dengan air liur sahaja tidak cukup.

“Soalnya 92.5% penduduk adalah demografi bandar, daerah Petaling sahaja ada enam Parlimen dalam bandar dan 15 DUN…ini hakikat yang harus kita lihat,” katanya.

Zahid ketika ditemui media selepas majlis itu berkata pelantikan Zafrul sebagai orang penting dalam parti adalah permulaan untuk anak Selangor itu terjun ke dalam bidang politik.

“Noh telah adakan perbincangan dengan saya.. sy telah berikan pandangan dan ini adalah langkah permulaan untuk beliau (Zafrul) terjun sebagai orang politik.

“Jadi kesesuaian itu (bendahari BN Selangor) mengikut pada Noh adalah Zafrul,” katanya sambil menambah Zafrul sudah menjadi ahli Umno Cawangan Jalan Travers sejak 1993.

Zahid turut meminta pemimpin Umno dan BN Selangor berlapang dada menerima Zafrul dalam usaha merampas kembali pentadbiran negeri. FMT

Tengku Zafrul bawa ‘gula’ untuk BN tawan Selangor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker