Seni silat mampu jadi jambatan budaya Melayu dengan dunia luar – Ismail

Seni silat mampu jadi jambatan budaya Melayu dengan dunia luar – Ismail

Silat kini berkembang luas bukan hanya di rantau ini tetapi juga negara-negara lain di dunia yang tidak berkongsi budaya dan adat resam yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbezaan itu telah menyatukan pengamal seni silat. “Seni silat juga terbukti mampu menjadi jambatan budaya Melayu Nusantara dengan dunia luar melalui ratusan ribu ahlinya dari benua Eropah, Asia Tengah, Asia Timur dan Afrika.



“Sehubungan itu, budaya persilatan yang telah lama bertapak ini perlu dikekalkan agar dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis Penutup Kejuaraan Pencal Silat Dunia ke-19 di Melaka, hari ini.

Pada majlis tersebut, Ismail Sabri turut mengumumkan dana sebanyak RM1 juta disalurkan kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Menurut Perdana Menteri, seni silat bukan sekadar untuk mempertahankan diri tetapi ia juga membentuk keterampilan dan jati diri mereka yang mempelajarinya.

Malah, tambah beliau, ia juga mendidik pengamalnya supaya tidak mudah mengalah dan berjiwa besar, selain sentiasa menyemai dan menyemarakkan semangat perjuangan pejuang silam.



Katanya, warga Malaysia patut berbangga kerana dunia persilatan Melayu telah menyaksikan pelbagai pencapaian dan kejayaan, malah telah diiktiraf sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara.

“Terbaharu, Pesaka dan Jabatan Warisan Negara berjaya menyenaraikan silat sebagai Warisan Tidak Ketara Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), satu lagi pengiktirafan tertinggi buat Malaysia.

“Seni silat seharusnya menjadi sebahagian daripada gaya hidup masa kini yang membentuk karakter peribadi dan disiplin bagi sesiapa yang mengamalkannya. “Saya berharap seni silat akan terus dipraktikkan oleh generasi masa kini dan akan datang supaya ia kekal dimartabatkan dan terus relevan sepanjang masa,” ujarnya.

Menurut Ismail Sabri, beliau difahamkan terdapat persatuan silat yang menerima pendaftaran lebih 40 pelajar baharu berbanding hanya empat atau lima orang pelajar dalam tempoh setahun sebelum ini.



Katanya, ini jelas menunjukkan pengaruh silat yang memaparkan semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan dan adab orang Melayu memberi impak kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk mengenalinya secara mendalam. MG

Seni silat mampu jadi jambatan budaya Melayu dengan dunia luar – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker