Ditawar RM30,000 untuk jual ‘Tam’

Meskipun pernah ditawarkan lebih daripada RM30,000 untuk membeli lembu sado peliharaannya yang diberi nama ‘Tam’, namun Azrin tetap tidak menjualnya.

NILAI – Meskipun pernah ditawarkan lebih daripada RM30,000 untuk membeli lembu sado peliharaannya yang diberi nama ‘Tam’, namun Azrin Anil Khalid, 26, tetap tidak menjualnya.

Bagi Azrin, lembu sado jantan baka Angus seberat 730 kilogram itu sangat bermakna baginya lebih-lebih lagi ‘Tam’ merupakan lembu sado paling besar dimilikinya.

“Selain baka Angus, saya ada 40 ekor lembu kategori sado lain antaranya baka Limousin, Chevrolet dan Brahman.

“Tapi si ‘Tam’ ini yang paling besar dan manja dengan saya. Sebab itu bila ada seorang penternak dari Rembau yang mahu membelinya dengan tawarkan harga sekali ganda, saya menolaknya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Negeri Sembilan Fest pada Ahad.



Walaupun sado dan bersaiz besar, Tam seekor lembu yang jinak.

Menurutnya, mungkin ramai beranggapan dengan fizikal lembu sado yang besar, haiwan itu garang, tetapi sebenarnya tidak.

Ujarnya, ia bergantung kepada cara penjagaan dan jika lembu itu selalu ‘dibelai’ ia boleh menjadi haiwan yang manja.

Tambahnya, sebelum ini dia memelihara 200 ekor lembu kampung, tetapi sejak tiga tahun lalu mula berjinak-jinak memelihara lembu sado.



“Saya jual separuh lembu kampung saya sebab nak dapatkan modal untuk projek lembu sado dengan menggunakan teknologi permanian berhadas menggunakan baka import dengan mendapatkan khidmat Jabatan Veterinar.

“Berbanding lembu kampung, lembu sado ini pendapatannya tinggi kerana dagingnya banyak yang mana nilainya dua kali ganda daripada lembu biasa,” katanya.

Azrin yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, buat masa ini dia hanya menjual daging lembu sado pada musim perayaan.

Malah buat masa ini dia masih belum berhasrat menjual lembu sado peliharaannya kepada sesiapa kerana masih belum puas menjaganya.



“Walaupun masih baharu dalam bidang ternakan lembu sado, tapi percaturan saya bertukar kepada lembu sado ini boleh dianggap berbaloi,” katanya yang mempunyai kandang lembu di Port Dickson.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hulk Hogan berdikir barat (Video)



‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker