Agihan kerusi dalam PN, Muhyiddin kata pada PAS ‘lebih kurang minta halal’

Perikatan Nasional sedang giat merundingkan pembahagian kerusi sesama parti komponennya sebagai menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang dijangka bakal diadakan tidak berapa lama lagi.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata mereka enggan menunggu berlama-lama sebaliknya duduk berbincang bagi menyelesaikan pembahagian tersebut di seluruh negara.

Bekas perdana menteri itu juga membayangkan usaha rundingan tersebut dapat dijalankan tanpa banyak masalah.

“Kita telah buat keputusan dalam mesyuarat PN lalu yang turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Kita tak nak berlengah.

“Kita nak duduk, runding dan selesaikan pembahagian kerusi seluruh negara, parlimen dan negeri-negeri yang akan kita hadapi pada masa hadapan (PRU ke-15).

“Tak susah, lebih kurang (minta) halal. Maknanya bertolak ansur,” katanya dipetik Sinar Online semasa berucap pada majlis pelancaran PN Terengganu di pekarangan Masjid Rusila, Terengganu, malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin; pengerusi PN negeri, Ahmad Samsuri Mokhtar; dan pemimpin lain dalam gabungan tersebut.

Tambah Muhyiddin penyelesaian pembahagian tersebut akan membantu jentera parti PN untuk mengetahui siapa bertanding di sesuatu kawasan, lalu memberikan bantuan sewajarnya.

“Bersatu mesti bantu PAS menang. Di kawasan Bersatu, PAS bantu Bersatu menang, dan lain lagi sebab kita sudah ada dalam satu jemaah PN,” katanya.

Ahli parlimen Pagoh itu juga menegaskan matlamat PN memasuki PRU ke-15 ialah untuk turut memenanginya di peringkat pusat.

Katanya ketika ini PN sudah menguasai beberapa negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah

“Yang sudah menang, (biar) kekal menang.

“Tugas penting (PN ialah) untuk menyelamatkan negara, bukan untuk Terengganu, Kedah dan Kelantan sahaja. (PN) Nak menyematkan negara, nak menyelamatkan seluruh Malaysia.

“Untuk itu kita perlu bentuk kerajaan pusat, kita mahu supaya dapat menang dengan membentuk kerajaan persekutuan,” katanya.

Kemasukan semula serpihan (debris) roket Long March 5B milik China ke ruang udara bumi dikesan berlaku pada jam 12.55 pagi tadi, kata Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Menurutnya menerusi pemantauan berterusan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan kenyataan Agensi Angkasa China memaklumkan serpihan roket berkenaan terbakar semasa memasuki ruang udara bumi.

Pergerakan serpihan yang terbakar itu, katanya, turut melintasi ruang udara Malaysia dan dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk ruang udara Sarawak.

“Sisa serpihan itu direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.1 darjah Utara dan longitud 119.0 darjah Timur hari ini,” kata MYSA dalam kenyataan hari ini.

Tular di media sosial mengenai perkongsian warga maya mengenai rakaman video dipercayai serpihan roket berkenaan yang berlaku di Kuching, Sarawak awal pagi tadi.

– Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker