Pak Nil Serah Kutipan Dana Buat Zamani Slam “Terima Kasih Rakyat Malaysia” [VIDEO]

Pak Nil Serah Kutipan Dana Buat Zamani Slam “Terima Kasih Rakyat Malaysia” [VIDEO]

Melakukan kerja amal, membantu meringankan beban orang lain serta mendasari keperitan hidup yang dilalui orang lain merupakan kerja yang sangat disenangi dilakukan Datuk Aznil Nawawi.

Atas kapasitinya sebagai personaliti ternama, Aznil sering memberitahu, sementara masih dikenali dan punya pengaruh, beliau mahu menggunakan ruang dan kesempatan itu untuk kembali berbudi kepada masyarakat.

Selain dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain, pengacara tersohor negara itu juga mahu mencari bekalan untuk mengiringi kehidupannya di akhirat kelak.

Justeru, apabila hos program realiti paling popular, Akademi Fantasia itu melancarkan kutipan dana buat vokalis kumpulan Slam, Zamani baru-baru ini sehingga memperoleh RM100,000, kesyukuranj dipanjatkan beliau.

Sambutan luar biasa yang diperoleh itu, jelas Aznil, petanda bahawa rakyat Malaysia memiliki semangat solidariti semasa mereka khususnya apabila ada pihak yang sedang mendambakan bantuan.

“Saya tidak pernah kecewa setiap kali meminta sokongan rakyat Malaysia untuk mengumpul dana membantu golongan yang memerlukan, sebaliknya, saya selalu menerima sambutan luar biasa. Terima kasih semua, hanya Allah sahaja mampu membalas kebaikan anda semua,” ujar Aznil kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Menyambung perbualan, ikon penyiaran yang akan berusia 60 tahun pada 6 November depan ini memberitahu, ketika merancang usaha mengumpul dana buat Zamani, tidak pernah terlintas di fikirannya dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan, sebanyak RM60,000 diperoleh.

Senang disapa Pak Nil, beliau berkata, sangkaannnya juga kutipan dana itu akan terhenti selepas memaklumkan tempoh masa kutipan sudah ditutup.

Namun, sangkaannya sekali lagi meleset apabila sumbangan terus mencurah-curah masuk sehingga mencecah RM100,000.

Memahami Zamani sangat memerlukan dana berkenaan bagi mendapatkan rawatan penyakit tulang belakang atau scoliosis, keseluruhan amanah rakyat Malaysia itu diserahkan buat penyanyi ternama itu.

Dua hari lalu, Aznil secara peribadi bertemu Zamani dan menyampaikan sumbangan berkenaan.

Tiada apa yang mampu diungkapkan Aznil selain bersyukur melihat wajah kegembiraan pada wajah Zamani.

“Hari ini Zamani diuji, esok lusa kita tidak tahu giliran siapa pula. Sementara saya masih ada kudrat dan kemampuan saya akan bersama-sama membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan.

“Dan tentu sekali, untuk menjayakan kerja-kerja amal ini, saya mahu seluruh rakyat Malaysia bersama-sama saya,” katanya lagi. Untuk rekod, Aznil sebelum ini pernah melancarkan inisiatif yang sama khususnya ketika negara diuji dengan krisis kesihatan COVID-19.

Ketika itu, pelakon dan penyanyi itu turut mengutip dana bagi mendapatkan sumber kewangan untuk disalurkan kepada orang ramai yang terkesan dengan pandemik.

Bahkan, semasa banjir melanda Bukit Canggang, Banting, Selangor, beliau antara yang kerap turun padang melawat mangsa dan menghulurkan bantuan. AA

Pak Nil Serah Kutipan Dana Buat Zamani Slam “Terima Kasih Rakyat Malaysia” [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker