Budak lelaki masuk dalam kain, penyanyi wanita teruskan nyanyian

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki masuk ke dalam kain penyanyi yang membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media.

Rakaman memaparkan seorang penyanyi dangdut wanita sedang membuat persembahan di atas pentas.



Kelihatan dua budak lelaki sedang bermain  pentas sama dan bergurau sesama mereka berhampiran penyanyi itu.

Akan tetapi, seorang daripada mereka yang membuat bising, tiba-tiba mengangkat kain penyanyi wanita itu lalu masuk ke dalamnya.

Penyanyi wanita itu tidak dapat bergerak dan terus membuat persembahan secara profesional. Budak lelaki itu dilihat menyorok di dalam kain wanita itu untuk tempoh yang lama.

Bagaimanapun, tetamu yang hadir tidak menegur perbuatan budak lelaki itu. Apabila rakannya turun dari pentas, budak lelaki itu terus keluar dari kain penyanyi itu.



Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jangan salahkan budak itu, salahkan ibu bapanya kerana tidak memberi contoh yang baik,” kata seorang netizen.

“Kalau nak seksi pergilah ke kelab malam, bukan dalam persekitaran yang ramai kanak-kanak,” komen netizen lain. -Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura



Hulk Hogan berdikir barat (Video)

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker