Hot FM tak ‘curi’ Johan, Fizi – Nazri

Hot FM tak ‘curi’ Johan, Fizi – Nazri

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran menjelaskan tiada isu ‘curi’ penyampai radio lain seperti yang ditimbulkan netizen selepas mengumumkan pelawak, Johan dan Fizi Ali sebagai anggota keluarga baharu Hot FM.

Nazri berkata, perbincangan bersama Johan dan Fizi dibuat selepas kontrak mereka tamat dengan majikan lalu.

“Memang ada perbincangan dibuat dengan dua penyampai terbabit. Namun, semua itu dibuat selepas kontrak mereka tamat,” katanya pada majlis Jom Bekpes Bersama Hot FM yang turut dihadiri Johan dan Fizi sebagai penyampai baharu di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, hari ini.

Pagi tadi, pelawak Johan mula bertugas di konti Hot FM mengendalikan segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat bersama dua penyampai lain iaitu Fara Fauzana dan AG.

Johan sebelum ini bertugas di stesen radio Era FM manakala Fizi menjadi penyampai di Suria FM.

Mengenai bayaran lumayan yang ditawarkan kepada Johan, Nazri berkata, wang bukanlah keutamaan dalam pelantikan Johan.

“Dalam hal Johan, dia dipilih berdasarkan hubungan baik yang terjalin antara kami. Saya sudah lama kenal Johan. Malah, kami pernah gelak dan gaduh sama.

“Soal bayaran jatuh nombor dua. Pemilihan Johan lebih kepada soal hubungan.

“Selain itu, pemilihan Johan dan Fizi dibuat berdasarkan keperluan stesen. Selepas kaji selidik dibuat, nama Johan berada dalam senarai antara penyampai popular pilihan responden,” katanya.

Sementara itu, Johan enggan mengulas mengenai dakwaan dia dibayar gaji tinggi oleh pengurusan MPA.

“Saya tidak ada komen mengenai bayaran RM500,000 seperti didakwa. Tetapi, saya tidak nafikan bayaran diterima adalah tinggi.

“Saya bekerja untuk wang demi masa depan isteri dan anak. Apabila bayaran diterima berbaloi, kita kenalah bagi hasil kerja setimpal,” katanya.

Dengan penghijrahannya itu, Johan atau nama sebenar, Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, 38 mengaku memikul tanggungjawab besar kerana harapan yang diletakkan tinggi.

Enggan mengecewakan kepercayaan diberi, suami kepada pelakon Ozlynn Wati ini berazam menjadikan stesen Hot FM sebagai radio nombor satu negara.

“Kontrak dengan radio Era tamat secara rasminya, akhir Jun lalu. Ketika itu, saya berhasrat untuk berehat seketika dari dunia radio.

“Saya mahu tumpukan perhatian terhadap perniagaan dan meluangkan masa bersama anak-anak.

“Sempatlah saya menguruskan anak-nak, mandikan mereka serta berpeluang untuk menunaikan solat subuh berjemaah,” katanya.

Namun, Johan berkata, rutin itu sempat dilakukan sebulan sahaja apabila ditawarkan menjadi penyampai Hot FM.

“Mengenangkan hubungan yang lama terjalin dengan pengurusan tertinggi MPA serta rindukan mereka, saya terima tawaran itu.

“Saya sertai Hot FM bukan hendak kekalkan rating tetapi membawa misi menjadikan stesen itu pada kedudukan nombor satu. Kalau sekadar hendak kekalkan rating, jangan panggil saya.

“Berbekalkan pengalaman yang ada, saya akan bawa perubahan dalam corak penyampaian. Sebagai pelawak, saya tahu perbualan yang menarik perhatian pendengar.

“Penyampai ada cara tersendiri. Saya yakin jika kita boleh gabungkan corak penyampaian kita yang berbeza, misi itu pasti tercapai,” katanya sambil meminta maaf kepada Fara dan AG jika terpaksa bertegas dalam mengendalikan segmen pagi Hot FM.

Johan tidak akan menjadikan kata pujian sebagai kayu pengukur kejayaan dalam misinya di Hot FM. Sebaliknya, Johan lebih selesa jika pujian itu diterjemahkan dalam bentuk angka.

Baginya, itu boleh dijadikan bukti sokongan peminat terhadap usahanya dan rakan penyampai lain. BH

Hot FM tak ‘curi’ Johan, Fizi – Nazri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker