Zamri Vinoth mengaku tak bersalah mendatangkan kecederaan, ugutan jenayah

Zamri Vinoth mengaku tak bersalah mendatangkan kecederaan, ugutan jenayah

Kangar: Penceramah bebas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dan melakukan ugutan bunuh terhadap seorang wanita bulan lalu.

Tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md Ali.



Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Zamri Vinoth didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita berusia 38 tahun di Jalan Melati Indah, Taman Melati Indah, Beseri, Padang Besar pada 5 petang 14 Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didapati menakutkan secara jenayah dengan ugutan hendak menyebabkan kematian terhadap seorang wanita yang sama seperti pertuduhan pertama di alamat dan waktu yang sama seperti pertuduhan pertama.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan yang membawa kepada penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.



Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.

Mohd Nordin memohon mahkamah agar tidak menawarkan jaminan mahkamah kepada tertuduh memandangkan tertuduh mempunyai lima laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan kes berkenaan sejak 2010.

Syed Muhammad Anwar pula memohon mahkamah supaya mengabaikan kenyataan lima laporan polis yang dibuat terhadap anak guamnya memandangkan kes berkenaan belum lagi dapat dibuktikan di mahkamah.

Dia memohon mahkamah dapat memberikan jumlah jaminan paling minima daripada mahkamah disebabkan anak guamnya itu memberikan kerjasama termasuk dengan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.



Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan 23 Ogos hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes selain tujuan serahan dokumen

Terdahulu, Muhammad Zamri tiba di pekarangan mahkamah pada 9.45 pagi dengan diiringi oleh seorang pembantu peribadinya.

Tertuduh kemudiannya membayar wang jaminan yang dikemukakan oleh mahkamah. HM



Zamri Vinoth mengaku tak bersalah mendatangkan kecederaan, ugutan jenayah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]



Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker