Parti Melayu Islam sukar elak pertandingan 3 penjuru – Khairuddin

Parti Melayu Islam sukar elak pertandingan 3 penjuru – Khairuddin

Pertandingan tiga penjuru antara parti Melayu Islam sukar dielak, kata bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Khairuddin Aman Razali.

Khairuddin berkata, kebersamaan bagaimanapun mesti terus dibina atas nama semangat persaudaraan Islam dan ia perlu diterima sebagai persaingan sihat dalam arena politik.



“Serang-menyerang politik boleh sentiasa dikendurkan diganti dengan kritikan politik yang adil dan berilmu serta berfakta.

“Budaya politik matang sejahtera memang wajar sentiasa diamalkan oleh semua orang politik dengan sentiasa mengemukakan politik berprinsip, politik penyelesaian Islam, melebarkan nasihat-menasihati, amar makruf nahi mungkar, politik mengutamakan rakyat, politik benar tidak mencipta persepsi, politik damai dan diplomasi serta politik rasional dan profesional,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, Muafakat Nasional (MN) masih berguna walaupun hubungannya sudah “suam-suam kuku”.

Katanya, gabungan antara PAS dan Umno itu boleh menjadi platform kerjasama dalam perkara kebajikan dan takwa.



“Selagi kerajaan bersama di peringkat persekutuan berjalan, ruang kerjasama sentiasa ada untuk diperkukuhkan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyentuh isu kerjasama antara kedua-dua parti itu bagi berdepan PRU15.

Menurutnya, kerjasama antara PAS dan Umno perlu dibuat secara menyeluruh dan bukan di negeri tertentu sahaja. FMT

Parti Melayu Islam sukar elak pertandingan 3 penjuru – Khairuddin




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]



Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker