AUG 2022: Kem mendayung tuai satu emas

 

MOHAMMAD AMIRUL menunjukkan pingat emas dimenanginya dalam acara acara lightweight Scull individu lelaki AUG 2022 pada aksi di Sisaket City hari in

UBON RATCHATHANI – Skuad mendayung negara tidak mengambil masa lama untuk mencipta impak positif dalam penyertaan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 apabila berjaya menuai satu pingat emas pada saingan hari pertama acara itu.

Emas tersebut hadir menerusi penuntut dari Universiti Selangor, Mohammad Amirul Norhadi dalam acara lightweight Scull individu lelaki dengan catatan masa tiga minit 48 saat (s) di Sisaket City hari ini.

Pengurus skuad mendayung AUG, Shaid Jaafar berharap kejayaan itu dapat menjadi pembakar semangat kepada atlet-atlet yang akan meneruskan cabaran mereka selepas ini.



“Saya sangat gembira dengan pencapaian Mohammad Amirul. Atlet yang bertanding dalam acara ini bukan biasa-biasa kerana ada antara mereka yang pernah menyertai Sukan Ollimpik dan Kejohanan Dunia.

“Untuk pengetahuan semua, pingat emas diraih Mohammad Amirul ini merupakan yang pertama buat sukan mendayung di temasya AUG kali ini,” katanya.

Mohammad Amirul berjaya menewaskan atlet Filipina, Christian Joseph Jasmin yang mencatat masa 3:52.06s dan Siwakong Wongpin dari Thailand (3:57.53s) yang mana kedua-duanya pernah beraksi di pentas Sukan Olimpik.

Sementara itu, hasrat skuad negara untuk menambah koleksi pingat emas kedua tidak kesampaian apabila gandingan Nurul Amira Norhadi dan Ayesha Mohd. Ramli menamatkan saingan Lightweight Scull berpasangan wanita di tempat ketiga



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…



Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker