Ajak Shiro Buka Kisah Lama Dedah Sikap Shahrol… Suruh Tolak Tawaran ERA Fm Tapi…[VIDEO]

Ajak Shiro Buka Kisah Lama Dedah Sikap Shahrol… Suruh Tolak Tawaran ERA Fm Tapi…

KEPUTUSAN Fizi Ali meninggalkan Suria FM mendapat reaksi pelawak Shahrol Shiro yang mendakwa pihak pengurusan stesen radio itu tidak profesional semenjak dia masih lagi bergelar penyampai saluran itu.

Perkongsian panjang lebar yang dikongsi oleh Shahrol itu kurang disenangi Ajak yang merupakan penyampai segmen Team Pagi Suria bersama Suraya Borhan.

“Awak bercakap dari sebelah pihak ke tuan? Hakikatnya tak bergaduh pun. Perlu ke nak up isu ini? Perlukan spotlight ke?

“Buat benda yang lebih berkualiti, menyatupadukan. Bukan melaga-lagakan. Hakikatnya semua kawan. Kalau awak anggap musuh, biar seorang sahaja tak perlu ajak kawan,” komen Ajak.

Shahrol terdahulu berkongsi pengalaman perkhidmatannya bersama Suria FM sebelum ditamatkan gara-gara masalah disiplin.

Ajak dan Shiro yang sebelum ini pernah bersama dalam kumpulan Shiro dilihat cuba berkongsi pendapat masing-masing dalam perjalanan mereka bergelar penyampai radio

Memberi respons terhadap komen Ajak itu, kata Shahrol pengundurannya telah membuka ruang rezeki buat Ajak yang ditawarkan ke Suria FM selepas berkhidmat dengan Hot FM.

Dalam komen balas lain, Ajak mendedahkan dia pernah menangguhkan tawaran Suria FM kerana memikirkan persahabatan bersama Shahrol dan turut meminta pihak pengurusan stesen itu tidak meneruskan tindakan saman terhadap sahabatnya kerana isu dalaman.

https://youtu.be/nQs41_w7L5w

“Hari pertama saya keluar Hot FM saya dipelawa untuk sertai Suria. Dalam perbincangan untuk tukar gambar awak kepada saya. Atas dasar sahabat, saya pilih menganggur daripada ambil tempat awak.

“Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan saman atas masalah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria FM

“Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain,” katanya.

Fizi yang sebelum ini bersama Ajak dan Suraya Borhan mengendalikan Team Pagi Suria mengumumkan pengunduran dan memulakan kerjaya di di stesen Hot FM bersama Fad di segmen Sembang Squad.mSTAR

Ajak Shiro Buka Kisah Lama Dedah Sikap Shahrol… Suruh Tolak Tawaran ERA Fm Tapi…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker