Amber Heard dakwa Johnny Depp mati pucuk

BANDAR RAYA NEW YORK – Pelakon Johnny Depp mengalami masalah mati pucuk  yang  membawa kepada perlakuan keganasan seksual terhadap bekas isterinya, Amber Heard,  demikian menurut  peguam aktres berkenaan seperti laporan  portal berita MailOnline.

“Meskipun Depp enggan mendedahkan masalah yang dihadapinya itu, keadaan tersebut adalah relevan kepada tindakan keganasan seksual yang dilakukannya.

“Ini  termasuk sikap panas baran dan menggunakan botol terhadap Heard,” demikian menurut dokumen pada 28 Mac lalu itu yang diperoleh semalam.

Menurut peguam Heard, keadaan kesihatan Depp menjadi faktor kepada sikap ganas  terhadap isterinya.

Heard mendakwa, ketika mengambil ubat  bagi mengatasi masalah mati pucuk, kesukaran yang dialami Depp ketika melakukan hubungan seks  menyebabkan dia menjadi seorang pemarah dan melepaskan kemarahan itu terhadap isterinya.

“Saya mengganggapnya sebagai hubungan seks ketika marah. Dia bertindak ganas terhadap saya selama beberapa kali dan melakukan hubungan seks dalam keadaan marah,” kata Heard.

Bintang Aquaman itu turut menambah, bekas suaminya itu kerap  menghabiskan lebih banyak masa untuk minum arak bersama rakan-rakan  dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk,  menjadikannya bertindak ganas.

Depp menafikan semua tuduhan Heard termasuk serangan seksual sepanjang proses perbicaraan kes saman mereka yang berakhir Jun lalu.

Heard telah diarah  oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$10.35 juta (RM46.1 juta) selepas juri mendapati dia memfitnah Depp menerusi satu kenyataan dalam akhbar Washington Post yang diterbitkan pada 2018. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker