Beli senjata api guna alamat kurier, kontraktor dicekup

Beli senjata api guna alamat kurier, kontraktor dicekup

Seorang kontraktor dicekup susulan membeli lima senjata api termasuk peluru dari Sepanyol selepas tindakannya itu dilapor sebuah syarikat kurier, kata Pengarah Kastam Melaka Norlela Ismail.

Katanya, kegiatan lelaki berusia 36 tahun itu berjaya dikesan kerana tindakan suspek menggunakan alamat perniagaan syarikat berkenaan.



“Pada awal Jun lalu, kita mendapat maklumat daripada syarikat kurier terbabit yang berasa curiga dengan tindakan suspek membeli barangan logam menggunakan alamat bangunan itu sebagai penerima.

“Suspek dikatakan telah menghubungi syarikat kurier berkenaan dan meminta untuk menghantar barangan tersebut yang diisytiharkan sebagai ‘handycrafts metal decorations’ di sebuah hotel di Ayer Keroh,” katanya menurut Kosmo.

Katanya, hasil maklumat tersebut suspek berjaya diberkas pada 8 Jun lalu dan hasil pemeriksaan kastam telah merampas dua laras “precision airgun”, satu laras “BB Rifle” dan satu pucuk pistol angin beserta tiga tin peluru di tempat letak kereta hotel di Ayer Keroh. FMT

Beli senjata api guna alamat kurier, kontraktor dicekup




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]



Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker