Aween perit jadi mangsa santau

Aween perit jadi mangsa santau

Pelakon, Aween Ismail berkongsi pengalamannya pernah menjadi mangsa santau ketika menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja 2018/2019.

Aween atau nama sebenarnya Nik Nor Farzuwin Nik Ismail ketika ditemui berkongsi bagaimana dia terpaksa menahan kesakitan di bahagian perut sehingga terpaksa dimasukkan ke empat hospital.

“Pengalaman ini berlaku pada 2018 ketika saya masih lagi bergelar peserta Dewi Remaja. Pada awalnya, saya fikir sakit itu adalah berkaitan apendiks memandangkan saya memang orang yang suka makanan pedas dan masam.

“Tapi, bila dah buat pemeriksaan dan saya dah masuk empat hospital iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Shah Alam, saya disahkan bahawa tak ada menghidap sebarang penyakit.

“Bahkan, rahim saya pun tak ada masalah. Tapi, saya buat keputusan untuk teruskan dengan pembedahan untuk tahu lebih lanjut kalau ada apa-apa penyakit,” katanya.

Menurutnya, selain rasa sakit, santau itu juga menyebabkannya muntah darah dan sekali gus terpaksa menarik diri daripada program itu.

“Disebabkan apa yang berlaku, saya terpaksa menarik diri ketika dua episod terakhir iaitu di peringkat suku akhir.

“Kalau ada yang pernah membaca artikel mengenai penarikan diri saya itu, semuanya berkisar mengenai penyakit apendiks kerana pada ketika itu, pihak penganjur meminta saya supaya tidak berkongsi cerita sebenar kerana masih dalam pertandingan.

“Sejujurnya, pada ketika itu, saya rasa nak mengamuk sebab penat lelah saya untuk menyertai Dewi Remaja bukanlah perjalanan yang mudah kerana ia memakan masa dan tenaga,” katanya.

Ditanya sama ada dia tahu siapakah individu di sebalik kerja kotor itu, Aween berkata, dia tahu, namun tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu.

“Saya tahu siapa orangnya kerana dia adalah dalam kalangan kenalan saya juga. Namun, biarlah dia menerima balasan sama ada di dunia atau akhirat. Saya pun dah memaafkannya kerana saya memang jenis orang yang memaafkan,” katanya.

Program Dewi Remaja 2018/2019 pernah terpalit kontroversi apabila kejuaraan pemenangnya, Haneesya Hanee ditarik balik selepas terbabit dalam kontroversi.

Aween ditemui di majlis sidang media program terbaharu TV3, iaitu drama bersiri lakonannya berjudul Remang dan Detik 12 Malam. HM

Aween perit jadi mangsa santau


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker