Aizat nikah 14 Ogos ini

Aizat nikah 14 Ogos ini

Penyanyi Aizat Amdan, 33, mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan juga pengurusnya Elyssa Alia Ilias, 34, pada 14 Ogos ini selepas tiga tahun bercinta.

Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan berkata dia turut mencipta lagu khas yang didedikasikan buat bakal isterinya itu berjudul Hanya Kita Dua.



“Insya Allah saya akan berkahwin dengan jodoh saya pada minggu depan. Kami bertemu dalam hampir tiga tahun dan mulanya sahabat saja. Bila lama-lama, secara semula jadi bercinta dan timbul hasrat untuk berkahwin.

“Lagu Hanya Kita Dua istimewa sebab saya tujukan kepada dia. Lagu kahwin selalunya perlahan, santai, tapi saya nak buat lagu yang lebih ‘funky’. Ia lagu keraian sebab terlalu gembira jumpa seseorang yang istimewa.

“Dia seorang yang berbeza, petah bercakap, dan tenaganya mengagumkan. Lagu ini sangat menggambarkan perwatakan dia,” katanya pada sidang media pelancaran lagu terbabit, hari ini.

Aizat berkongsi dia berani melamarnya kerana Elyssa yakin dia layak jadi suaminya. Elyssa juga mengajarnya supaya tak pentingkan diri sendiri apalagi dia jenis menyendiri.



“Dia buka hati saya jadi lebih mudah berkongsi perihal peribadi,” katanya.

Elyssa yang hadir menemani Aizat hari ini juga berkongsi mereka awalnya cuma berkenalan atas dasar kerja.

“Aizat seperti rakan karib dan saya tak perlu berpura-pura. Kami pun berkongsi sifat sama seperti gemar makan.

“Dulu saya pernah temubual dia dan terus terang tak kenal dia sangat. Bila sudah borak rupanya kami tinggal dalam kawasan sama,” katanya.



Pasangan itu akan melangsungkan pernikahan secara tertutup di E-Park, Puchong, Selangor. Resepsi juga akan diadakan pada hari sama.

Terdahulu, majlis merisik pasangan itu diadakan pada Februari lalu.

Lagu Hanya Kita Dua ciptaan bersama Mel Rahman itu dilancarkan pada hari ini di semua platfrom digital muzik. Lirik videonya mula ditayangkan secara rasmi jam 9 malam ini menerusi YouTube Aizat Amdan. HM

Aizat nikah 14 Ogos ini




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini



“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker