Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy

Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ‘menempelak’ Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi media sosial Instagramnya.

Kenyataan ini berkaitan isu Rang Undang Undang (RUU) larangan merokok terhadap golongan belia.

Khairy menggesa ia diluluskan apabila dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai lalu.

Jamal memuatnaik video bersama tiga anaknya yang masih kecil sambil menyuarakan perasaannya.

“Hello assalamualaikum…YB KJ. Ingat senang ke kita nak buat RUU Tembakau?

“Dah beribu tahun orang hisap rokok…dah beribu tahun kome, tengok anak-anak teman ni. Kalau dari dulu lagi kerajaan Malaysia dah buat, tak adalah teman hisap rokok.

“Ini, dah 64 tahun teman hisap rokok, dada dah bersarang dah,” katanya.

Bagaimanapun tindakan ini bersifat ‘reverse psikologi’ Jamal kerana penyanyi popular lagu Kekasih Awal Dan Akhir ini sebenarnya memuji usaha dibuat Khairy.

“Tapi YB KJ teman rasa (mike) kamu berani untuk bawa RUU Tembakau demi masa depan deme (mereka) (menunjuk anak-anaknya).

“Teman (saya) sokong seratus peratus kerana cuba bawa isu ini ke parlimen dan kalau boleh diluluskan alhamdulillah.

“Tengoklah kesian mereka (anak-anak) kecil-kecil lagi. Kalaulah daripada dulu, tak adalah saya hisap rokok.

“Lepas ini jangan lupa RUU arak pula.

Ok YB KJ, i love you. I salute you,” katanya. HM

Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker