Hati-hati dengan lelaki panas baran – Shila Amzah

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menitipkan nasihat agar golongan wanita di luar sana berhati-hati dengan lelaki yang bersifat panas baran serta pemarah.

Menerusi perkongsian dalam InstaStory, Shila membalas pertanyaan pengikutnya mengenai ciri-ciri lelaki yang dianggap red flag (bahaya) dalam sebuah perhubungan.

“Saya tidak suka lelaki panas baran, kaki maki dan pukul serta langsung tidak mempunyai common sense (masuk akal),” tulisnya.



Jawapan spontan pelantun lagu Patah Seribu itu mendapat sokongan daripada netizen yang turut mengakui trauma sekiranya berdepan dengan lelaki panas baran dan kaki pukul.

Dalam perkongsian berbeza, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 32, mengakui dia turut pernah berdepan dalam situasi sama yang mana lelaki yang dikenalinya itu nampak romantik tetapi sebenarnya ibarat jauh panggang dari api.

“Pernah melaluinya, memang seram.

“Mereka ini memang nampak romantis, manis. Memang bahaya, anda semua perlu berhati-hati,” jawabnya lagi.



Terdahulu, Shila yang merupakan anak kepada penyanyi dan komposer, Datuk ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan bercerai Februari baru-baru ini.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais yang kini berusia setahun.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini



“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker