SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain

SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sedang menyemak kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna dana dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Mustapa Mohamed dan dua lagi timbalan menteri.

Dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata SPRM “sedang melihat perkara itu”, sambil menyatakan beliau tidak dapat memberi perincian.

L
Beliau menjawab pertanyaan Ramkarpal Singh (PH- Bukit Gelugor), yang bertanya sama ada kertas siasatan sudah dibuka terhadap Mustapa, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Mas Ermieyati Samsuddin dan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali, susulan laporan dibuat kepada SPRM berhubung salah guna dana atau peruntukan parti berjumlah jutaan ringgit.

Pada Jun, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, memberitahu mahkamah tiga Ahli Parlimen Umno keluar parti dan menyertai Bersatu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana “takut” mereka akan disiasat SPRM.

Tanpa menyebut nama, beliau berkata, Ahli Parlimen berkenaan mewakili Jeli (Mustapa) Masjid Tanah (Mas Ermieyati) dan Bagan Serai (Noor Azmi).

Zahid mendakwa, Ahli Parlimen Jeli yang juga ketika itu ketua Umno Kelantan, menggunakan lebih RM30 juta yang sepatutnya digunakan membawa pulang penduduk dari negeri itu dari Lembah Klang untuk turun mengundi.

Bekas menteri dalam negeri itu mendakwa, wang berkenaan sudah diasingkan, namun tidak dibelanjakan.

Katanya, Ahli Parlimen Masjid Tanah diberi amanah menguruskan dana bagi Puteri Umno pada PRU14, namun mendakwa ia dipindahkan ke akaun lain untuk kegunaan peribadi.

Zahid juga mendakwa, adik kepada Ahli Parlimen Bagan Serai menyalah guna dana bagi pembangunan di kawasan diwakilinya.

Mustapa dan Mas Ermieyati menafikan dakwaan Zahid. FMT

SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker