Tempoh menunggu Perodua Alza baharu hingga 10 bulan

Tempoh menunggu Perodua Alza baharu hingga 10 bulan

Tempoh menunggu Perodua Alza serba baharu yang dilancarkan pada 20 Julai lalu adalah antara lapan hingga 10 bulan, dengan 39,000 tempahan diterima setakat ini termasuk 9,000 tempahan sepanjang bulan lalu.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, tempahan pasca pengecualian cukai untuk syarikat kereta nasional kedua itu masih memberangsangkan apabila berjaya memperoleh sekitar 24,265 tempahan baharu pada Julai, bersamaan dengan kira-kira sebulan jumlah keseluruhan industri (TIV) PERODUA.



“Kami dapati bahawa jumlah ini adalah tambahan daripada 243,000 tempahan tertunggak, bersamaan dengan nilai setahun TIV PERODUA yang diumumkan bulan lalu.

“Tempahan pada bulan Julai yang kukuh menandakan momentum jualan masih mantap, yang kami fikir sebahagiannya didorong oleh pelancaran Alza baharu baru-baru ini dan secara umunya, didorong permintaan terpendam di tengah-tengah pasaran buruh yang bertambah baik secara beransur-ansur sejajar dengan pemulihan makro,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, secara positifnya, Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad turut menyatakan bahawa kumpulan itu telah memperoleh bekalan cip untuk baki tahun ini untuk mencapai rekod sasaran TIV tahunannya sebanyak 247,800 unit bagi tahun ini.

“PERODUA juga sedang melihat untuk berkongsi sumber dengan vendor, contohnya penempatan tenaga kerja, perkongsian gudang dan pengaturan alat ganti untuk menangani isu kekurangan buruh asing di vendor dan memastikan rantaian bekalan yang lancar di dalam negara.



“Kami juga menjangkakan usaha ini akan menghasilkan penjimatan kos yang akan membantu mengurangkan kesan kos bahan dan logistik yang lebih tinggi,” katanya.

MIDF Research menambah, walaupun TIV PERODUA pada Julai dijangka lemah sedikit berbanding Jun memandangkan isu bekalan cip, pengeluar kereta itu difahamkan cuba meningkatkan pengeluaran kepada sekitar 26,000 sebulan pada separuh kedua 2022, berbanding purata 21,700 sebulan pada separuh pertama 2022 untuk memendekkan senarai menunggu.

“Sekiranya ini menjadi kenyataan, kami melihat kemungkinan TIV Perodua bagi 2022 mampu mengatasi bukan sahaja prestasi malahan sasaran jualan 247,800 yang disasarkan oleh pengurusan.

“Seperti sedia maklum, unjuran kami bagi TIV PERODUA tahun ini ialah 243,500 unit, naik 28 peratus tahun ke tahun, lebih konservatif sedikit berbanding sasaran pengurusan syarikat itu,” katanya. BH



Tempoh menunggu Perodua Alza baharu hingga 10 bulan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker