Projek LCS: Segerakan pendakwaan



SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya segera mengambil tindakan terhadap semua penemuan dalam projek pembinaan lima Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) susulan wujud pelbagai isu mengenai projek berkenaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan itu perlu diambil bagi membolehkan pendakwaan dibuat secepat mungkin terhadap pihak yang terlibat.

Tegasnya, gesaan itu merupakan antara beberapa syor diberikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) susulan kajian daya maju yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk pembinaan kapal tersebut gagal mengesan masalah kewangan syarikat berkenaan.

“Antara syor adalah perubahan pemilihan reka bentuk daripada jenis SIGMA kepada GOWIND yang harus dijadikan pengajaran pada masa depan dan perolehan peralatan kelengkapan pertahanan negara harus mengutamakan keperluan ‘end user’ iaitu TLDM.

“Selain itu, segala projek dan proses perolehan Kementerian Pertahanan harus selari dengan Kertas Putih Pertahanan 2020-2030.




“Kementerian juga perlu memastikan perancangan perolehan ketenteraan yang substantif harus dibuat pembentangan dan perancangan terbaik,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Twitternya pada malam Khamis.

Nurul Izzah yang juga anggota PAC berkata, isu membabitkan projek bernilai tinggi ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak terutamanya SPRM untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak terlibat.

“SPRM perlu segera mengambil tindakan ke atas segala penemuan laporan PAC, laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) serta laporan pengauditan forensik ini.

“Kita mahu supaya pendakwaan disegerakan,” katanya.

Pada Khamis, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dilaporkan berkata, kajian daya maju (due deligence) yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat BNS mengenai pembinaan LCS TLDM gagal mengesan masalah kewangan syarikat tersebut.




Beliau berkata, hal ini dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada syarikat BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendahaam Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.

Perkara itu antara sembilan rumusan yang diperoleh PAC menerusi prosiding berkaitan isu LCS

Projek LCS: Segerakan pendakwaan

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Leave a Reply

Your email address will not be published.