Anwar tibai Mahathir, baru sekarang nak bela Melayu, 22 bulan buat apa?

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menolak gagasan baru Melayu-Islam pimpinan Dr Mahathir Mohamad melibatkan beberapa parti politik yang dilancarkan di Putrajaya hari ini.

“Saya tak mendukung inisiatif seperti itu kerana kalau betul bela Melayu-Islam, dalam 22 bulan (jadi perdana menteri kali kedua) dia patut dah tolong.

“Tapi Melayu yang dia pilih itu tak sebenarnya mewakili sentimen Melayu,” katanya kepada pemberita di bangunan parlimen di ibu negara hari ini.

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air hari ini mengumumkan gabungan baru Gerakan Tanah Air (GTA) di Putrajaya sebentar tadi.

Gabungan yang mahu bertanding di 120 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang itu dianggota oleh Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan veteran politik Ibrahim Ali dan serpihan PAS Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Sementara itu, Anwar menegaskan orang Melayu harus sedar bahwa masalah di Malaysia berpunca daripada amalan rasuah pemimpin, tidak kira bangsa.

“Jadi bagi saya apa isu pokok adalah pengurusan kerajaan yang baik, pilih pimpinan yang tak merompak dan mencuri kekayaan, boleh siasat semua,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker