Angin kencang Noh Salleh, Mizz Nina

Angin kencang Noh Salleh, Mizz Nina

‘Entahlah, tiada komen. Korang (kamu) semua kena tipu. Berita palsu. Anda semua kena tipu. Good Luck”.

Itulah kata-kata selamba yang terbutir dari bibir Noh Salleh saat kali pertama ditebak media tentang spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina pada 13 Julai lalu.

Ketika ditemui usai sidang akhbar Konsert 3 Generasi Noh Salleh, Spider dan XPDC sekitar tiga minggu lalu, wajahnya kelihatan bersahaja. Bertemankan vape di jari, dia beraksi ‘cool’ seolah-olah tiada ada pun yang bergoncang di puncak mahligai berusia 11 tahun bersama Nina.



Namun benarlah kata orang, kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Sehinggalah Khamis lalu, segala spekulasi berhubung keberantakan perkahwinan pasangan kesayangan ramai itu terungkai apabila masing-masing mengesahkan sudah bercerai pada 4 Ogos lalu.

Seperti lagunya, Angin Kencang yang sarat kecewa dan pedih jiwa ditinggalkan, perceraian Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh dan Shazrina Azman, 42, mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat mereka berdua.

Selama ini, kedua-dua mereka saling menunjukkan kasih sayang sebagai pasangan suami isteri yang bahagia sehingga dilabel peminat sebagai pasangan ‘low profile’.

Mereka dilihat saling melengkapi dan menjadi contoh kepada pasangan lain.



Teringat petikan kata-kata oleh Noh ketika melamar isterinya suatu ketika dahulu.

“Saya tiada harta. Tapi jika awak mencari suami yang akan menjaga awak dan membimbing awak ke jalan Allah SWT, insya-Allah saya boleh lakukan,” ucap Noh.

Buktinya cukup nyata. Nina yang dahulunya seorang penyanyi bertaraf antarabangsa dengan imej seksi, tiba-tiba berubah dengan tampil sebagai seorang muslimah selepas sama-sama menunaikan ibadah haji pada 2013.

Ketika hatinya nekad ke jalan Allah SWT, Nina yang ketika itu berada di puncak populariti sebagai penyanyi, perlahan-lahan mengambil keputusan berundur daripada dunia seni hiburan dan cenderung bergiat dalam lapangan amal dan misi kemanusiaan.



Kemanisan dalam rumah tangga Noh dan Nina sangat menyenangkan hati peminat mereka lebih-lebih lagi selepas 11 tahun melayari alam rumah tangga tanpa dikurniakan zuriat.

Mereka tenang setiap kali disoal tentang zuriat. Baik Noh mahupun Nina, mereka tidak pernah berputus asa untuk menimang cahaya mata sendiri dengan melakukan pelbagai usaha termasuk proses rawatan In Vitro Fertilisation.

Hanya setelah beberapa kali berusaha, barulah Nina dan Noh sepakat untuk mengambil seorang anak angkat bernama Musa pada awal Januari lalu. Selama tiga bulan mereka mengunci mulut tentang perkara itu sebelum membuat pengumuman secara terbuka pada Mac 2022.

“Kami sangat bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan yang cukup indah ini. Akhirnya doa kami dimakbulkan.

“Apa yang boleh saya katakan, dia (Musa) sekarang adalah mahram saya. Alhamdulillah,” tulis Nina menerusi Instagramnya tidak lama dahulu.

Bahkan Noh baru-baru ini mengakui, Musa melimpahkan rumah tangga mereka dengan kasih sayang,

Rata-rata peminat gembira dengan kehadiran Musa dalam kehidupan rumah tangga mereka berdua apabila menduga, hubungan antara Nina dan Noh pasti akan semakin erat dengan kehadiran insan itu.

Namun, takdir berkata lain. Apabila Allah SWT menginginkannya, tiada siapa yang mampu menghalang.

Difahamkan, setelah memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur mereka sah bercerai dalam satu prosedur di mahkamah sama pada 3 Ogos 2022.

Menurut Noh, keputusan tersebut diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.

“Setelah berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.

Menurutnya, dia dan Nina telah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi momen indah, jatuh dan bangun bersama.

“Kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui dugaan, jatuh bangun bersama,” ujarnya.

Mereka berharap tempoh idah ini tidak dicemari dengan perbagai spekulasi yang mengundang fitnah. K Online

Angin kencang Noh Salleh, Mizz Nina


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker