88 lokasi di sekitar ibu negara dilencongkan esok

KUALA LUMPUR – Sebanyak 88 lokasi di sekitar ibu negara akan dilencongkan susulan polis menerima maklumat terdapat perhimpunan dijangka akan berlaku esok.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, lencongan jalan tersebut akan bermula pada pukul 9 pagi.

“Polis ingin menasihatkan seluruh warga kota terutamanya pengguna jalan raya agar menggelakkan dari menggunakan jalan yang yang terlibat dengan lencongan tersebut.



Antara 88 jalan yang akan dilencongkan esok.

“Sentiasa patuhi arahan anggota polis yang bertugas bagi memastikan keadaan lalu lintas sentiasa lancar dan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071999 atau Hotline JSPT KL di talian 03-20260267/69.

Antara jalan yang terlibat Bulatan Pahang, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sungai Besi, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Duta dan Jalan Sultan Ismail


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zuraida mahu ke Afghanistan bimbing Taliban



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker