Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik

Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik

Program ‘Kembara Kenali Borneo’ yang berlangsung selama 10 hari iaitu bermula 3 hingga 13 September 2023 yang disertai oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta putera dan puteri baginda menerima sambutan luar biasa.

Tak dinafikan, penduduk Sabah dan Sarawak berpusu-pusu mahu menyantuni YDPA, Raja Permaisuri dan kesemua kerabat diraja Pahang.



Disebabkan putera dan puteri YDPA menjadi kegilaan ramai, OhBulan senaraikan anakanda YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

YDPA, Permaisuri Agong

YDPA Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (puteri ketiga Sultan Johor) telah selamat diijabkabulkan pada tanggal 6 Mac 1986. Permaisuri Agong mengalami enam kali keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI). Malah terpaksa menanti hampir 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata.



Berkat kesabaran, YDPA bersama Permaisuri Agong dikurniakan 6 orang anak iaitu 4 lelaki dan 2 perempuan.

Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim

Sebelum dikurniakan anak kandung iaitu pada tahun 1987, baginda dan permaisuri mengambil seorang putera angkat iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim.



Tengku Amir Nasser Ibrahim diputerakan pada 25 Ogos 1986. Baginda merupakan putera bongsu almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar dan cucu kepada Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah, Sultan Pahang yang keempat.

Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah & Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Tengku Ahmad Iskandar Shah merupakan anakanda pertama yang dilahirkan oleh Permaisuri Agong selepas berkahwin dengan Baginda. Namun begitu, Tengku Ahmad Iskandar Shah telah mangkat sejurus dilahirkan pada 24 Julai 1990.



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Darul Makmur Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. KDYMM Tengku Hassanal merupakan anakanda kedua YDPA dan Permaisuri Agong.

Pada 18 Jun 2018, KDYMM Tengku Hassanal telah dilantik menjadi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

Berikutan ayahanda baginda (YDPA) menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang ke-6, KDYMM Tengku Hassanal dimasyhur menjadi Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang pada 29 Januari 2019.

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah



Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diputerakan pada 3 Ogos 1997 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang.

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dilantik menjadi Tengku Arif Bendahara pada 15 Ogos 2019.

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah



Putera keempat kepada YDPA dan Raja Permaisuri adalah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diputerakan pada 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah mempunyai kembar iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Yang Amat Mulia Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah

Yang Amat Mulia Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah merupakan anakanda kelima dan puteri sulung YDPA dan Permaisuri Agong.

Baginda merupakan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah yang dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 11 September 2000.

Yang Amat Mulia Puteri Raja, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah merupakan puteri bongsu dan anak keenam kepada YDPA dan Permaisuri Agong yang diputerakan pada 27 April 2002.

Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker