Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar

TELUR adalah makanan popular dan berkhasiat tinggi yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, protein dan lemak. Oleh kerana harganya mampu milik dan mudah didapati, ramai yang menjadikannya makanan setiap hari.

Di samping menyediakan pelbagai khasiat penting untuk kesihata tubuh badan. Telur juga membantu merangsang pemulihan otot.

Kajian ke atas 10 lelaki menunjukkan pengambilan keseluruhan telur (putih dan kuning) membantu pertumbuhan otot.



Ini kerana, kuning telur penuh dengan vitamin, mineral dan asid lemak. Contohnya vitamin A, selenium, zink dan asid lemak palmitat yang boleh meningkatkan perkembangan otot.

Saintis Pemakanan, Dr. Suri Roowi berkata, makan telur separuh masak ketika sarapan adalah popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tetapi, jenis telur yang manakah baik untuk atasi masalah otot? telur rebus (masak penuh), separuh masak atau telur mentah?

“Kajian tentang khasiat telur rebus (masak penuh), separuh masak dan telur mentah telah dilakukan di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia.



“Hasil kajian mendapati hampir kesemua jenis asid amino (non-essential dan essential amino acid) meningkat dengan ketara dalam telur rebus (separuh masak) berbanding telur rebus (masak penuh) dan telur mentah.

“Telur rebus (separuh masak) juga mudah dicerna (81.5 %) diikuti dengan telur rebus (masak penuh) sebanyak 76.2% manakala telur mentah pula mempunyai nilai kebolehcernaan yang paling rendah sebanyak 70.0%,” katanya menerusi perkongsiaan di Facebook miliknya.

Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan amalan orang-orang tua kita dulu-dulu. Jika anak-anak mereka tidak sihat seperti demam dan sakit badan, mereka akan sajikan telur rebus (separuh masak).

Walaupun telur mempunyai banyak khasiat tetapi ia tidak boleh diambil secara berlebihan.



Menurut healtline, secara purata satu telur bersaiz besar mengandungi sekitar 200 miligram kolesterol.

“Jika anda mempunyai tahap kolesterol Low Density Lipoprotein (LDL) yang tinggi, berat badan berlebihan atau obesiti, penyakit kronik seperti diabetes atau sejarah keluarga penyakit jantung, mungkin lebih baik untuk makan tidak lebih daripada satu biji telur sehari atau empat hingga lima biji telur seminggu.

“Bagi orang dewasa yang sihat, disarankan untuk makan satu hingga dua biji telur sehari bergantung kepada jumlah kolesterol lain dalam diet anda.

“Jika anda sudah mempunyai kolesterol tinggi atau faktor risiko lain seperti penyakit jantung, mungkin lebih baik makan tidak lebih daripada empat hingga lima biji telur seminggu,” terang laman web kesihatan itu.- RELEVAN



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker