Gelekan ‘maut’ Baby Shima

Gelekan ‘maut’ Baby Shima

TAK silap Poklip kan, rasanya bukan sekali, dua atau tiga kali nama penyanyi, Baby Shima terpalit kontroversi melibatkan isu-isu seksi, lucah dan gelekan ‘mautnya’. Namanya diratib isu hampir sama.

Baru-baru ini sekali lagi, Baby Shima dikecam gara-gara persembahannya di Hausboom Music 2023. Gelekan sampai bawahnya bukan sahaja mengundang sorakan peminat yang hadir tetapi juga menuai rasa ‘meluat’ segelintir warganet di media sosial.



Sebenarnya, Poklip yang ada di situ tidak terkejut pun jika penyanyi Ikan Dalam Kolam itu akan dikecam dengan teruk. Sebab apa? Sebab Baby Shima dan kecaman berpisah tiada. Sentiasa panas!

Kadang-kadang Poklip pun hairan, adakah ini sebenarnya yang dikejar dan dinanti-nanti penyanyi itu? Supaya namanya terus dikecam dan dibenci? Adakah ini modus operandi untuk kekal popular?

Tetapi kalau tidak bergelek, bukan dangdut namanya kan. Takkan nak berdangdut tetapi badan keras kejung atas pentas? Mana keseronokan dan sakan berdangdutnya kan? Macam tak kena sahaja.

Malah peminat yang ada di acara tersebut menjerit, bersorak macam tiada hari esok. Siap minta Baby Shima ulang gelekannya. Jadi adakah kecaman itu hadir dalam dunia maya semata-mata?



Cuma bagi Poklip, di kedudukan Baby Shima sekarang, tidak perlu untuk dia terlalu mencuba dan terus-menerus ‘mencipta’ kontroversi. Walaupun kadang-kadang tidak diminta, tetapi cubalah untuk lebih berhati-hati.

Tambahan pula, segelintir rakyat Malaysia ini otaknya kuning. Pantang nampak sesuatu yang boleh dilucahkan, laju sahaja. Mana tidaknya, bunyi ‘ah’ Sophia Albarakbah ketika rawatan kiropraktik pun boleh dijadikan isu. Seram! Utusan

Gelekan maut Baby Shima

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah



Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker