Cabar undang-undang faktor RX-Z kena ‘pukat’

Cabar undang-undang faktor RX-Z kena ‘pukat’

Sikap segelintir peserta Himpunan RX-Z Member 5.0 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Terengganu yang dilihat seolah-olah mencabar undang-undang, mungkin mendorong pihak berkuasa bertindak termasuk menyita motosikal atas pelbagai kesalahan modifikasi.

Raja kapcai, Wazi Abdul Hamid berkata, ini dapat dilihat sebelum himpunan itu berlangsung apabila tular dalam media sosial rakaman video keghairahan peserta untuk ke himpunan tersebut dengan menunjukkan motosikal mereka yang sudah dimodifikasi terutama memasang ekzos paip dan nombor plat tidak mengikut spesifikasi.



Menurutnya, keadaan itu mungkin dilihat sebagai mencabar undang-undang dan pihak berkuasa menggunakan kesempatan penganjuran himpunan tersebut untuk bertindak.

“Saya lihat trend sekarang orang suka tular di media sosial. Dalam kes himpunan RX-Z, saya lihat sebahagian kecil peserta menunjukkan keadaan motosikal mereka yang jelas melanggar undang-undang, bangga pakai ekzos paip, bangga pakai nombor plat kecil. Ini saya tak setuju, imej penunggang motor jadi tak bagus.

“Apa yang mereka tularkan itu mewujudkan suasana mencabar undang-undang dan apa yang berlaku di Terengganu itu bagi saya merupakan tindak balas daripada pihak berkuasa terhadap apa yang mereka viralkan di media sosial.



“Saya percaya jika peserta RX-Z Member 5.0 datang dalam keadaan standard, pihak berkuasa tidak kacau. Tidak akan timbul isu tetapi segelintir mereka datang dengan memperlihatkan seolah-olah mencabar undang-undang apabila modifikasi ekstrem dengan ekzos paip, nombor plat tidak mengikut spesifikasi, terlalu kecil,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Wazi berkata, tidak wajar mengaitkan apa yang berlaku itu dengan politik kerana Terengganu sudah menjadi lokasi perhimpunan tetap acara tersebut sejak daripada awal lagi.

Katanya, malah beliau sendiri pernah menyertai perhimpunan tersebut sebelum ini.

“Berdasarkan penyertaan saya di perhimpunan itu sebelum ini, saya tengok daripada 10 motor yang datang, hanya seorang dua sahaja yang nakal, maksudnya motosikal yang dimodifikasi, yang lain semuanya standard, jadi tak adil kalau nak pukul rata semua peserta datang dengan motosikal modifikasi.



“Juga tak boleh nak salahkan pihak berkuasa, mereka berkhidmat pada seluruh masyarakat. Juga tak boleh salahkan kerajaan atau kerajaan negeri dalam perkara ini. Sebelum event (Himpunan RX-Z Member 5.0) lagi peserta sudah tunjuk belang dan perlu ingat, ‘jerat tak lupa pelanduk’ dan inilah yang berlaku,” katanya.

Wazi mencadangkan agar pada masa akan datang penganjur mengetatkan syarat penyertaan supaya kejadian sama tidak berulang.

“Kumpulan motosikal ini kena didik, kalau nak terlibat karnival besar, mesti ikut garis panduan yang betul.

“Sebenarnya majoriti mereka tak sukapun motosikal modifikasi, jadi perlu ada garis panduan yang jelas dan tegas oleh penganjur untuk acara seperti ini,” katanya. Utusan



Cabar undang-undang faktor RX-Z kena ‘pukat’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker