Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan, Zawawi bidas Fadli

Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan, Zawawi bidas Fadli

Pemuda Perikatan Nasional (PN) boleh menganjurkan himpunan kempen selamatkan Malaysia dengan syarat menjadi proses semak dan imbang yang lebih berkesan dalam sidang Parlimen.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, dengan menganjurkan gerakan himpunan di jalanan yang dijadualkan pada Hari Malaysia 16 September ini memperlihatkan ketidakcerdikan Pemuda PN.



“Nak selamatkan Malaysia daripada apa? Kalau sudah rasa Malaysia tidak selamat, mainkanlah peranan sebagai pembangkang untuk semak dan imbang secara lebih berkesan di Parlimen.

“Ahli-ahli Parlimen pembangkang kena ingat, kestabilan adalah kunci kemakmuran bagi sesebuah negara dan ketidakstabilan itu berlaku disebabkan masih ada lagi politikus seperti PN yang merancang menukar kerajaan melalui pintu belakang.

“UMNO Kelantan berharap anda tidak mengheret rakyat dengan propaganda murahan untuk membenci kerajaan,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari yang dilaporkan akan menganjurkan himpunan awam simbolik bermulanya kempen Gerakan Selamatkan Malaysia pada Hari Malaysia yang akan disambut 16 September ini.



Kata beliau, himpunan itu akan fokus terhadap isu melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencetuskan pelbagai persoalan sejak kebelakangan ini.

Menurut Zawawi, puak PN sengaja tidak mahu menerima kenyataan dan hakikat bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah berlalu lapan bulan lalu dan perlu menunggu empat tahun lagi untuk beradu dalam gelanggang politik.

“Nasihat saya kepada Ahmad Fadhli, berilah idea kepada Menteri Besar di empat negeri yang kamu perintah selepas menang dalam PRU15 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Selesaikan masalah rakyat di Kelantan khususnya dahulu atau sekurang-kurangnya jadilah seorang Ahli Parlimen yang berguna kepada rakyat,” katanya. MG



Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan, Zawawi bidas Fadli

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker