Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan

Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan

Mahkamah Pilihan Raya Melaka mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu Akmal Zahin Zainal Zahir selepas beliau gagal hadir sebagai saksi semasa perbicaraan.

Akmal sepatutnya memberi keterangan dalam petisyen mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Masjid Tanah, lapor Malaysiakini.



Hakim Abu Bakar Katar mengeluarkan waran selepas Akmal gagal hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan memberi sogokan kepada pengundi semasa pilihan raya itu.

Semasa perbicaraan, satu video dikemukakan yang didakwa menunjukkan Akmal menyerahkan bungkusan kepada pengundi.

Mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas setiausaha sulit Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsuddin, Noor Hashimah Noordin, kerana gagal hadir sebagai saksi.

Calon Barisan Nasional bagi Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid mencabar kemenangan Ermieyati pada PRU15 atas wujudnya unsur sogokan semasa kempen pilihan raya.



Ermieyati, yang juga ketua Bersatu Masjid Tanah, menang kerusi itu dengan majoriti 4,411 undi. FMT

Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil



Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker